BERBEZA pandangan antara suami isteri merupakan lumrah dalam kehidupan berumah tangga, namun setiap keputusan sebaiknya dibuat dengan mengambil kira perasaan pasangan.Seorang wanita meluahkan rasa terkilan apabila suaminya tidak memberi keizinan untuk dia menyertai percutian bersama ibu bapanya atas alasan tiada sesiapa boleh menjaga anak-anak mereka. Menurut wanita itu, dia pada mulanya mengalah dan akur dengan alasan berkenaan sehingga sanggup membatalkan niat untuk mengikut keluarga kandungnya.Suami perlu membantu isteri dalam menguruskan anak. -Gambar hiasan AI"Hari tu aku cakap dengan suami nak ikut mak ayah pergi bercuti di Indonesia. Dia tak bagi sebab katanya anak-anak tak ada siapa nak jaga."Kemudian semalam dia cakap keluarga dia ajak pergi umrah. Dia nak pergi tapi tak nak bawa aku dengan alasan anak masih kecil dan suruh aku jaga di rumah saja," luahnya.ARTIKEL BERKAITAN:Anak gigit kabel pengecas telefon, isteri ‘meletup’ suami lepas tangan soal rumah tangga - “Darah daging sendiri pun tak rela nak jaga”ARTIKEL BERKAITAN:Tiga bulan ‘berpisah tempat tidur’, isteri cari jalan damai... Ikrar nak vakum bilik dua kali sehari!Situasi itu membuatkan wanita berkenaan berbelah bahagi sama ada wajar untuk dia berasa marah kerana menyedari tujuan kedua-dua perjalanan tersebut adalah berbeza."Aku tak tahu patut marah atau tidak sebab tujuan kami berbeza. Aku nak pergi Indonesia sebab bercuti, dia pula nak pergi umrah untuk beribadah."Tapi hati tetap rasa macam tak adil," katanya.Isteri terkilan selepas tidak dibenarkan bercuti bersama ibu bapanya.Suami memberi alasan tiada sesiapa boleh menjaga anak-anak mereka.Namun suaminya kemudian mahu menunaikan umrah bersama keluarga tanpa membawa isteri.Wanita itu serba salah untuk marah kerana tujuan kedua-dua perjalanan berbeza.Netizen menyarankan suami turut belajar menguruskan anak agar tanggungjawab tidak hanya dipikul isteri.Ringkasan ini dijana oleh AILuahan di media sosial itu menarik perhatian netizen yang menyarankan agar wanita itu sesekali perlu mendidik suaminya dalam menguruskan anak-anak."Awak kena didik suami jaga anak. Kawan saya ada empat orang anak, dia ajar suami dia cara urus anak-anak. Jadi apabila dia kerja luar kawasan, mudah suami dia nak jaga anak."Kena ajar sikit suami tu cara jaga anak-anak. Kalau dibiarkan, hanya si ibu sahaja yang akan dibebankan dalam urusan anak-anak," komen warga maya.