SEORANG lelaki mencetuskan kontroversi di media sosial selepas berkongsi pandangan ekstrem mengenai konsep kepimpinan dan kuasa seorang suami dalam rumah tangga.Menurut lelaki itu, suami sepatutnya diibaratkan seperti seorang raja bertakhta, manakala isteri hanyalah permaisuri yang perlu akur tanpa sebarang hak untuk halangan. "Kita kahwin. Maknanya aku raja, kau permaisuri. Dalam mahligai sendiri, kau sebagai permaisuri di bawah pemerintahan aku sebagai raja.Rumah tangga pastinya lebih harmoni jika suami isteri saling menghormati. -Gambar hiasan AI"Kau bukan di atas raja. Maka kau perlu taat. Raja nak kahwin berapa pun atau nak ada gundik ramai, permaisuri tiada kuasa untuk halang keputusan suami iaitu raja."Kahwin dengan aku, jangan harap dilayan seperti puteri. Kau hanya puteri ayahmu. Puteriku pula hanyalah anak perempuanku nanti," tulis lelaki itu.Hantaran yang dimuat naik di aplikasi Threads itu meraih reaksi luar biasa netizen sehingga ia dihujani hampir 3,000 komen.Seorang lelaki tular selepas kongsi satu hantaran di aplikasi Threads.Lelaki itu berkata dia menganggap suami sebagai raja dalam rumah tangga.Dia berkata isteri pula adalah permaisuri yang perlu taat kepada arahan suami.Ramai netizen menyelar lelaki itu kerana dianggap terlalu berangan dan tidak sedar diri.Ringkasan ini dijana oleh AIRata-rata netizen mengecam keras kenyataan itu yang dianggap melampau, tidak berasas, dan bukan berpijak di bumi nyata."Selepas baca kenyataan ini, aku rasa kau tak layak kahwin. Belajar lagi tentang agama. Nak jadi raja tak boleh bodoh.ARTIKEL BERKAITAN: Suami mengaku bernafsu songsang, isteri tetap setia bantu lawan perasaan... Kini bahagia dengan dua cahaya mataARTIKEL BERKAITAN: Suami gaji RM4,500 tapi hutang keliling pinggang! Isteri dah penat jadi ‘ATM‘, sampai gadai barang kemas - “Boleh tak nak minta fasakh?”"Biasa yang sembang macam ni tak berduit sangat. Dah la, tak payah layan dia. Mungkin tiada siapa yang mahukan dia."Kalau pemikiran macam tu baik jangan kahwin. Isteri bukan bibik. Dasar jantan tak guna," tulis netizen.