suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suami mengaku bernafsu songsang, isteri tetap setia bantu lawan perasaan... Kini bahagia dengan dua cahaya mata

Berkahwin merupakan salah satu cara untuk lelaki bernafsu songsang mengubah kehidupan mereka. -Gambar hiasan AI

USAHA untuk melawan nafsu dan naluri songsang bukanlah satu perkara mudah.

Begitulah situasi yang dialami lelaki ini apabila dia memilih untuk berkahwin walaupun tahu dirinya tidak mempunyai perasaan terhadap wanita.

Menurut lelaki itu, dia bersyukur kerana perkahwinan itu berjaya menyelamatkannya dirinya daripada terus terjerumus ke kancah songsang.

Usaha untuk melawan naluri songsang bukanlah satu perkara mudah. -Gambar hiasan AI

"Saya gay, tiada nafsu terhadap perempuan. Saya kahwin sebab keadaan. Kawan sekeliling saya bukan gay, mereka semua kahwin.

"Saya juga kahwin disebabkan faktor keluarga. Masa kahwin tiada nafsu pun. Lama-lama saya berterus-terang dengan isteri. Alhamdulillah, dia boleh terima.

"Saya kahwin pun sebagai usaha nak lawan naluri itu. Alhamdulillah, kini dah 10 tahun kahwin, dikurniakan rezeki dua orang anak," kongsi lelaki itu.

  • Lelaki tular selepas kongsi cerita tentang dirinya yang bernafsu songsang.
  • Lelaki itu bersyukur kerana dikurniakan isteri yang memahami dirinya.
  • Lelaki itu berkata dia banyak berubah disebabkan oleh usaha isterinya.
  • Mereka kini menjalani hidup bahagia dengan dua anak selepas 10 tahun berkahwin.

Menurut lelaki itu, kecenderungan terhadap kaum sejenis masih ada, namun dia memilih untuk melawan perasaan kerana tahu ia perbuatan haram dan berdosa di sisi agama. 

"Naluri suka lelaki tu masih ada. Tak berubah mahupun berkurang. Tapi kalau kita Muslim, kita tahu yang mana haram. 

"Lepas kahwin, saya memang lepak dan keluar ke mana-mana dengan isteri je. Cinta kami kekal utuh. Saya tak nak lukakan hati dia. Dia terlalu banyak berkorban untuk tahan dengan saya," luahnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda lembut dalam dilema, kesian kawan-kawan lelaki tulen digelar gay - “Rapat sikit, terus dituduh bercinta”

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda gay nekad berubah, teman wanita pula curang! Naluri songsang kembali membuak, pilih balik kampung elak buat ‘perangai’ lama

Perkongsian di aplikasi Threads itu turut mengundang komen netizen yang rata-ratanya mendoakan lelaki itu terus istiqamah dan kekal bahagia bersama keluarganya.

"Tahniah atas 10 tahun perkahwinan. Bukan mudah nak sampai ke tahap ini, tapi Alhamdulillah Allah permudahkan perjalanan kalian.

"Pucuk pangkalnya hati. Kalau masih ingat Allah, ada usaha untuk berubah, pasti ia akan dipermudahkan," tulis netizen.

Artikel Lain