suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mahasiswi ‘peliharaan’ tayang bahagia dengan pensyarah, berani kongsi foto bersama - “Sedihnya, bini dia mengandung”

Pelajar tidak sepatutnya menjalin hubungan sulit dengan pensyarah. -Gambar hiasan AI

MUTIARA kata orang tua-tua, pergaulan bebas tanpa batasan bukan sahaja membuka pintu maksiat, malah dengan mudah mengundang fitnah serta salah faham.

Menurut seorang siswa di sebuah institusi pengajian tinggi, dia mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena antara rakan sekelas dengan pensyarahnya selepas mereka kerap dilihat bersama.

"Aku syak kawan perempuan aku ni ada skandal dengan pensyarah. Aku selalu perhatikan, setiap kali balik dia mesti tumpang kereta pensyarah tu.

Pelajar universiti perlu menjaga batas pergaulan demi menjaga maruah dan kesucian diri. -Gambar hiasan AI

"Hari tu dia sengaja tunjuk barang berjenama, padahal aku tahu keluarganya kurang berkemampuan. Dia pun tak buat kerja sambilan.

"Paling musykil, tiba-tiba setiap kali ada ujian, markah dia paling tinggi. Padahal dia selalu tidur dalam kelas," kongsi pemuda itu.

Menurut siswa berkenaan, dia sedih jika perkara itu benar-benar berlaku memandangkan isteri pensyarah tersebut sedang berbadan dua.

  • Mahasiswa syak rakan perempuannya jalin hubungan sulit dengan pensyarah.
  • Dia berkata rakannya itu orang susah namun mampu memiliki barang berjenama.
  • Dia mendakwa pelajar itu juga sering tidur namun tetap memperoleh markah cemerlang.
  • Mahasiswa itu mendakwa dia sudah beberapa kali melihat mereka menaiki kereta bersama,

"Hari tu dia pernah kongsi gambar seseorang di media sosial. Tapi gambar individu itu dikaburkan. Dia tulis kapsyen... thank you hubby belanja hari ini.

"Aku tahu tu gambar pensyarah kami. Yang sedihnya, bini pensyarah tu sekarang tengah mengandung anak pertama selepas 10 tahun mereka mencuba," ujarnya lagi.

Perkongsian kisah itu turut menerima pelbagai komen daripada pelayar Threads.

ARTIKEL BERKAITAN: Tunjuk ‘gentleman’ tak kena tempat! Pensyarah miang luah perasaan cinta sewaktu sesi kuliah cedera dipukul pelajar

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita dedah lecturer minta isi borang survey seks, kemudian ajak onani... rupanya dah ‘buat kerja’ dari 2011

"Ini biasa. Masa aku belajar dulu pun ada pelajar yang bercinta dengan pensyarah. Kemudian mereka kahwin.

"Boleh laporkan kepada pihak pengurusan universiti dan isteri pensyarah itu untuk sekat perbuatan mereka," kata netizen.

Artikel Lain