suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gadis korporat mula tawar hati! Geram teman lelaki dah 4 tahun jadi penghantar makanan, tak nak kerja bawah orang

Ramai wanita memasang impian untuk berkahwin dengan lelaki yang stabil. -Gambar hiasan AI

DALAM memilih pasangan hidup, keserasian bukan sekadar dilihat pada sikap dan personaliti tetapi turut mengambil kira tahpa pendidikan serta kemampuan kewangan.

Menurut seorang gadis, dia kini dalam dilema sama ada mahu meneruskan hubungan dengan teman lelakinya memandangkan terhadap perbezaan ketara antara mereka.

“Kami berdua jumpa masa umur 21 tahun. Waktu itu saya belajar di peringkat ijazah. Dia pula kerja sebagai penghantar makanan selepas habis diploma.

“Kini kami berdua dah umur 24 tahun. Saya dah kerja korporat. Tapi teman lelaki saya masih lagi kerja sebagai penghantar makanan,” luahnya.

Bakal pengantin perlu mengeluarkan kos demi menjayakan majlis impian mereka. -Gambar hiasan AI

Jelasnya, dia tidak berniat untuk merendah-rendahkan teman lelakinya, namun sebagai wanita mengimpikan kehidupan lebih stabil selepas berkeluarga kelak.

“Dia pernah mohon kerja polis tapi tiada rezeki. Saya nampak usaha dia rapi sejak itu dia dah tiada inisiatif cari kerja lebih stabil.

“Saya tak kata kerja sebagai penghantar makanan itu teruk. Tapi saya tak rasa pendapatannya cukup untuk sara keluarga,” ujarnya lagi.

  • Gadis tular selepas kongsi kisah percintaannya dengan seorang lelaki.
  • Lelaki itu mencari rezeki sebagai penghantar makanan sejak empat tahun lalu.
  • Mereka berkenalan sejak gadis itu belajar sehingga dia kini kerja dunia korporat.
  • Dia mula tawar hati kerana teman lelakinya tiada inisiatif untuk mencari kerja lain.

Menurut gadis itu, dia mula tawar hati kerana teman lelakinya asyik memberi alasan tidak masuk akal setiap kali disuruh mencari pekerjaan lain.

“Saya ada bagi cadangan suruh dia kerja pejabat atau pembantu jualan. Sekurang-kurangnya pendapatan stabil dengan gaji diploma.

“Tapi dia asyik kata nantilah. Dia kata tak nak kerja bawah orang sebab kena ikut masa. 

ARTIKEL BERKAITAN: Abaikan nota pelanggan, ‘rider’ akhirnya dihimpit rasa bersalah... ‘Bertaubat’ selepas lihat fizikal pelanggan di lobi pejabat!

ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan seksi waktu pagi, rider 'terseksa' hantar barang... Iman kena kuat - "Yang 'dalam' pun perlu ambil kira juga"

“Kalau kerja sendiri macam sekarang, dia boleh balik bila-bila masa. Terus saya rasa tawar hati,” luahnya lagi.

Hantaran yang dikongsi di aplikasi Threads itu turut dihujani pelbagai komen netizen.

“Cuba duduk bincang dan tanya hala tuju hubungan, bila nak kahwin, berapa duit nak kumpul? Dari situ boleh tahu dia serius atau tak.

“Tak sekufu dari segi pemikiran. Nasihat ikhlas saya, tak perlu teruskan hubungan,” tulis beberapa netizen.

Artikel Lain