suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Star Karnival Cuti-Cuti Malaysia meriah dengan pelbagai tawaran, pakej menarik... Agensi pelancongan catat peningkatan jualan hingga 80 peratus!

Dari kiri, Pengarah Kanan Tourism Malaysia, Mohd Roslan Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif SMG, Chan Seng Fatt, Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Mohd Amirul Rizal Abdul Rahim, Timbalan Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Wizani Rosmin dan Ketua Pegawai Operasi SMG, Lydia Wang semasa pelancaran SKCCM 2026 di Sunway Pyramid pada Sabtu.

TOURISM Malaysia dan Star Media Group Berhad (SMG) membawa Star Karnival Cuti-Cuti Malaysia (SKCCM) 2026 ke Selangor dari 23 hingga 25 Oktober 2026 bertempat di Sunway Pyramid, Petaling Jaya.

Edisi Selangor merupakan persinggahan kelima daripada enam lokasi dalam siri jelajah yang merangkumi Pahang, Johor, Sabah, Pulau Pinang, Selangor dan Sarawak, dengan sasaran menarik lebih 200,000 pengunjung secara keseluruhan.

Setakat ini, siri jelajah berkenaan berjaya mencatatkan jualan sebanyak dua kali ganda berbanding sasaran awal.

Seiring momentum positif siri jelajah itu, Tourism Malaysia akan terus bekerjasama dengan rakan industri, termasuk SMG, menerusi inisiatif seperti SKCCM bagi menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia melancong dalam negara.

Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Mohd Amirul Rizal Abdul Rahim berkata, pelancongan bukan sekadar mengenai jumlah ketibaan pelawat, sebaliknya merupakan sektor ekonomi penting yang menyokong mata pencarian masyarakat setempat.

Mohd Amirul berkata sektor pelancongan memainkan peranan penting terhadap mata pencatian masyarakat setempat.

Mohd Amirul berkata sektor pelancongan memainkan peranan penting terhadap mata pencatian masyarakat setempat.

“Menerusi inisiatif 'Destinasi Indah, Harga Rahmah', karnival ini memastikan setiap rakyat Malaysia mampu menikmati warisan dan destinasi luar biasa yang dimiliki negara, sekali gus menjadi pemangkin penting untuk meningkatkan momentum pelancongan domestik bagi menyokong kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 hingga 2027,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Star Media Group, Chan Seng Fatt berkata, Star Karnival Cuti-Cuti Malaysia 2026 membuktikan rakyat Malaysia masih berminat meneroka pelbagai tarikan pelancongan yang ditawarkan negara.

“Star Media Group sentiasa bersedia untuk mengetengahkan keistimewaan pelancongan domestik kepada lebih ramai rakyat Malaysia serta pelawat antarabangsa yang berpotensi.

“Saya percaya industri pelancongan Malaysia mampu berkembang dengan pesat berasaskan pelancongan domestik yang kukuh bagi menarik lebih ramai pelawat antarabangsa,” katanya.

SKCCM 2026 berlangsung dengan meriah selama tiga hari di Sunway Pyramid.

SKCCM 2026 berlangsung dengan meriah selama tiga hari di Sunway Pyramid.

Acara tiga hari itu menampilkan promosi percutian eksklusif dan tawaran diskaun menarik, selain memberi peluang kepada pengunjung meneroka pelbagai pakej percutian serta membuat tempahan secara langsung.

SKCCM 2026 di Selangor menampilkan 40 reruai, mewakili 14 agensi pelancongan tempatan serta pelbagai pempamer lain.

Pelbagai aktiviti menarik turut disediakan, termasuk permainan pentas, aktiviti interaktif dan hadiah untuk dimenangi pengunjung.

Bertemakan Explore, Experience, Excite, SKCCM 2026 menjadi platform penting bagi pemain industri pelancongan berhubung secara langsung dengan pengguna, sekali gus menyokong kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 hingga 2027.

Pempamer teruja sertai SKCCM

Penyertaan dalam SKCCM 2026 turut memberi impak positif terhadap pemain-pemain industri sehingga mereka berjaya merekodkan peningkatan dari segi jualan pada tahun ini.

Penyelia Jualan dan Pemasaran Remarkable Borneo, Emmeline Doimis berkata SKCCM menjadi platform yang membantu mereka memperkenalkan jenama kepada lebih ramai pelanggan, khususnya di Semenanjung.

 

Pengunjung berpeluang mendapatkan pelbagai pakej menarik yang ditawarkan sempena SKCCM 2026.

Pengunjung berpeluang mendapatkan pelbagai pakej menarik yang ditawarkan sempena SKCCM 2026.

"Kami berpangkalan di Kota Kinabalu, Sabah dan sudah lima tahun beroperasi. Ini merupakan penyertaan kedua kami dalam program SKCCM.

"Sejak menyertai SKCCM, semakin ramai yang mengenali perniagaan kami, malah berlaku peningkatan jumlah pelanggan dari Semenanjung," ujarnya kepada mStar.

Pengurus KRDC Travel, Christie Cyruani, yang menjalankan pakej percutian ke Pulau Redang di Terengganu turut menasihatkan pemain industri agar tidak melepaskan peluang menyertai SKCCM pada masa akan datang.

"Ini merupakan kali ketiga kami menyertai SKCCM. Program ini bukan sahaja membantu meningkatkan pelanggan kami, malah memberi peluang untuk kami berkenalan dengan agensi pelancongan lain.

"Saya juga nasihatkan kepada agensi pelancongan di luar sana agar menyertai program seperti ini untuk perkenalkan lagi jenama dan perniagaan kita," katanya.

Dalam pada itu, pengasas Semporna Paradise Travel and Tours yang hanya mahu dikenali sebagai Tini mengakui berlaku peningkatan jualan luar biasa pada tahun ini.

"Apabila menyertai SKCCM dan melakukan jelajah negeri, kami dapat perkenalkan produk kami kepada lebih ramai pelanggan.

"Pelanggan kami tahun ini semuanya dari edisi SKCCM sebelum ini, malah kami merekodkan peningkatan jualan sebanyak 80 peratus. Kalau ada lagi SKCCM tahun depan, memang kami nak sertai lagi," ujarnya.

Untuk rekod, dari Januari hingga Jun 2026, Malaysia mencatatkan 151.6 juta ketibaan pelawat domestik, meningkat 5.6 peratus berbanding 143.5 juta dalam tempoh sama pada separuh pertama 2025.

Sementara itu, perbelanjaan pelancongan domestik meningkat 14 peratus daripada RM58.6 bilion dalam tempoh sama kepada RM66.8 bilion pada separuh pertama 2026.

Artikel Lain