PELAKON Anjali Arora berdepan tuntutan ganti rugi sebanyak 1.20 crore rupee (kira-kira RM600,000) selepas didakwa menghina penduduk Kanpur dan meninggalkan sebuah acara lebih awal daripada waktu yang ditetapkan.Selain itu, Anjali diminta membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh 15 hari menerusi notis undang-undang yang dihantar pihak penganjur.Anjali turut diminta untuk membuat permohonan maaf. Penganjur mendakwa Anjali sepatutnya berada di atas pentas selama 45 minit, namun bertindak meninggalkan acara sebelum menyelesaikan tanggungjawabnya termasuk menyampaikan cenderamata kepada penaja dan tetamu khas.Menurut peguam penganjur, Karim Ahmed Siddiqui, tuntutan itu merangkumi kira-kira RM500,000 atas dakwaan fitnah dan RM100,000 bagi kerugian kewangan yang didakwa berpunca daripada tindakan Anjali.Pihak penganjur turut mendakwa sudah membayar Anjali kira-kira RM15,000 untuk penampilannya, selain menanggung kos perjalanan melebihi RM5,000.ARTIKEL BERKAITAN: Perbualan lucah pelakon lelaki tular, pihak pengurusan ambil tindakan penyebar fitnahARTIKEL BERKAITAN: Padah obses bekerja, Aamir Khan kesal ‘hilang‘ 30 tahun lihat anak-anak membesarDalam pada itu, satu permohonan turut dikemukakan kepada pihak polis bagi meminta siasatan kes penipuan dijalankan terhadap Anjali dan pengurusnya, Preeti Dubey.Setakat ini, Anjali masih belum memberikan sebarang kenyataan berhubung dakwaan dan tuntutan tersebut.