DI SEBALIK kejayaan mencipta nama sebagai bintang terkenal Bollywood, pelakon Aamir Khan memberitahu tempoh 30 tahun bergelar anak seni bukan sesuatu yang mudah buatnya.Mengenang kembali perjalanan kerjaya, Aamir, 61, berkata, waktunya lebih banyak dihabiskan dengan penggambaran filem sehingga kurang meluangkan masa bersama keluarga. "Tidak mengapa jika kita bekerja seperti orang gila dan terlalu obses dengan apa yang dilakukan selama setahun, dua tahun atau lima tahun. Tetapi jika perkara itu berterusan selama 30 tahun, kita sebenarnya kehilangan hubungan dengan orang tersayang.Aamir akui terlalu obses dengan kerjaya seni. "Anak-anak kita sudah membesar dan kini menjadi orang dewasa. Jadi, saya merasakan satu kehilangan yang amat mendalam," katanya selepas menerima Anugerah Ikon sempena Festival Filem Antarabangsa Singapura pada Khamis.Ketika bercakap kepada tetamu yang hadir, pelakon ini juga dilihat tidak dapat menahan sebak apabila berkongsi rasa kesal kerana terlalu memberi fokus kepada kerjaya.Aamir bagaimanapun bersyukur kesedaran untuk mengutamakan keluarga hadir dalam dirinya sebelum terlalu hanyut membina karier.ARTIKEL BERKAITAN: Aamir Khan kahwin lagi, majlis ringkas dalam rumah ARTIKEL BERKAITAN: Dua tahun bercinta, Aamir Khan menghitung hari tamatkan zaman duda"Saya sangat bersyukur kerana kesedaran ini datang ketika saya berusia 56 tahun dan bukannya 86 tahun, ketika semuanya mungkin sudah terlambat untuk diperbaiki," ujarnya.Berkongsi lanjut, Aamir memberitahu dia menandatangani sembilan kontrak berlakon dalam tempoh enam bulan selepas kejayaan filem pertamanya pada 1988.Namun, nasib tidak menyebelahi apabila kesemua filem tersebut tidak mendapat sambutan baik.