TAMPIL dalam drama terbaharu berjudul Main Belakang, pelakon Angela Gilsha memberitahu dia telah menetapkan beberapa syarat sepanjang penggambaran siri itu.Memegang watak Donna, Angela berkata drama bersiri tersebut turut memaparkan beberapa babak intim antara dirinya dengan pelakon gandingan, Cakrawala Airawan. Bagi memastikan penggambaran berjalan lancar, Angela telah menetapkan bahagian tertentu pada tubuhnya yang tidak boleh disentuh kerana enggan mengundang salah faham penonton.Selain Angela dan Cakra, drama Main Belakang turut dibintangi oleh Ranty Maria dan Kevin Ardilova. "Ada zon merah, kuning dan hijau. Kalau merah itu dilarang sentuh. Kalau kuning kena bertanya dahulu dan jika hijau boleh sentuh."Kami juga akan berbincang setiap pergerakan agar tidak terlalu nampak kotor," jelasnya.Sementara itu, Cakrawala juga menegaskan setiap babak antara mereka dilakukan selepas mendapat persetujuan bersama, termasuk daripada pengarah drama.ARTIKEL BERKAITAN: Inara Rusli mahu dakwaan zina dihentikan, bekas isteri suami peroleh rakaman CCTV secara haram ARTIKEL BERKAITAN: Ruben Onsu nafi dakwaan cabul sesama jenis, peguam pertikai kesahihan rakaman videoBaginya, setiap adegan intim tersebut dibuat bagi menghidupkan jalan cerita yang ditulis."Apa yang terjadi di adegan intim telah dibincangkan lebih awal antara saya, Angela dan pengarah."Semua pergerakan adalah persetujuan kami berdua, jadi apa yang dilakukan adalah untuk mendukung sebuah cerita mengikut arahan pengarah dan pastinya mengikut keselesaan kami," jelasnya.