suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ruben Onsu nafi dakwaan cabul sesama jenis, peguam pertikai kesahihan rakaman video

Ruben nafi dakwaan yang dilemparkan kepadanya itu.

PENGACARA terkenal Indonesia Ruben Onsu tampil menafikan dakwaan salah laku seksual sesama jenis yang mengaitkan namanya selepas rakaman panggilan video didakwa melibatkan dirinya tersebar di media sosial.

Ruben menerusi peguamnya Minola Sebayang menegaskan rakaman tersebut tidak boleh dijadikan bukti kukuh untuk membuktikan bahawa berlakukan kesalahan jenayah itu. 

Menurut Minola, video berkenaan hanya memaparkan perbualan antara pihak terlibat, namun sesetengah individu membuat pelbagai andaian sehingga mencetuskan spekulasi dalam kalangan masyarakat.

Video tersebut tidak membuktikan Ruben mempunyai hubungan sejenis. 

"Saya tidak melihat sebarang unsur pencabulan dalam video itu kerana ia hanya menunjukkan satu komunikasi.

"Namun, pemikiran kita sendiri yang membuat kesimpulan bahawa perbualan tersebut menjurus kepada perkara yang sebenarnya tidak ditunjukkan dalam video berkenaan.

"Jika dilihat dari sudut undang-undang, saya tidak boleh menerima kesimpulan seperti itu," katanya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas isteri dakwa culas nafkah, peguam pertahan Ruben Onsu... "Plastik sampah pun dia bayar"

ARTIKEL BERKAITAN: Tak fasih berbahasa Inggeris, Ruben Onsu kelaparan sepanjang penerbangan ke India

Minola turut menggesa orang ramai supaya tidak terburu-buru menghukum Ruben berdasarkan rakaman yang tersebar tanpa mengetahui konteks sebenar perbualan tersebut.

"Bagaimana hanya berdasarkan satu rakaman perbualan yang telah disunting, semua orang sudah membuat kesimpulan seolah-olah mereka pakar?

"Marilah kita berfikir secara objektif dan rasional, bukannya mengikut emosi," katanya.

Artikel Lain