suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Selena Gomez akui vape punca suara berubah, kesal terjebak nikotin

Selena berkongsi kesan ketagihan nikotin.

PENYANYI dan pelakon, Selena Gomez mengakui tabiat menghisap rokok elektronik atau vape yang mengandungi nikotin memberi kesan terhadap perubahan suaranya.

Selena, 34, menerusi perkongsian di Instagram berkata, dia pernah mengambil nikotin dalam jumlah yang banyak sebelum akhirnya menghentikan tabiat berkenaan.

"Nikotin sangat sukar untuk dihentikan dan saya cuma mahu beritahu, jika anda sedang mengalaminya atau terfikir untuk mencuba vape, ia memang tidak berbaloi.

Selena mengakui perbuatan menghisap vape tidak memberi manfaat.

"Saya tidak akan dapat mengubah suara saya. Saya banyak menghisap vape yang mengandungi nikotin," katanya.

Pelantun lagu Lose You to Love Me itu turut mengakui perbuatannya merupakan satu kesilapan yang menyebabkan perubahan pada suaranya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tidak mampu hamil akibat isu kesihatan, Selena Gomez enggan putus asa... “Satu hari nanti“

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat desak Selena Gomez minta cerai, tak sanggup tengok sikap pengotor Benny Blanco

Bagaimanapun, Selena tidak kisah sekiranya ada pihak yang kurang menyukai perubahan tersebut, malah menyifatkan perkara itu sebagai pilihan masing-masing.

"Ia satu tindakan yang sangat bodoh dan telah mengubah suara saya.

"Jadi, jika anda tidak suka mendengar suara saya, saya faham. Saya tidak kisah. Anda tidak perlu mendengarnya," ujarnya sambil ketawa.

Artikel Lain