suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Solbi umum kahwin... Netizen ungkit semula kenyataan mahu lelaki miliki ‘benih’ sihat

Solbi sudah membuat perancangan miliki cahaya mata sebelum berkahwin.

PENYANYI Solbi berkongsi khabar gembira bakal melangsungkan perkahwinan dengan pelakon Lee Kyu Han pada April 2027.

Namun, di sebalik kegembiraan tersebut, pendedahan Solbi tentang mencari pasangan sebelum ini kembali menjadi sorotan ramai.

Dalam satu temu bual pada Ogos tahun lalu, Solbi, 42, pernah mendedahkan dia melakukan prosedur membekukan telur sebagai perancangan untuk mendapatkan zuriat.

Solbi dan Kyu Han bakal berkahwin April 2027. 

Malah, dia juga tanpa berselindung memberitahu ciri-ciri pasangan pilihannya adalah seorang lelaki yang memiliki sel sperma sihat agar dapat disenyawakan dengan telurnya.

"Sejak membekukan telur, perkara yang saya pentingkan apabila bertemu lelaki bukanlah rupa paras tetapi kesihatan sel sperma.

ARTIKEL BERKAITAN: Aktres pernah hamil zaman sekolah, nafi jalin hubungan dengan lelaki demi wang 

ARTIKEL BERKAITAN: Komen kasar bawa padah, Ren disekat guna media sosial

"Saya lebih mementingkan faktor hormon, kesihatan dan DNA," katanya ketika itu.

Menurutnya, bukan mudah untuk dia melakukan proses pembekuan tersebut dan dia perlu lebih peka dalam memilih pasangan agar mendapat cahaya mata.

"Saya perlu lebih realistik, proses membekukan telur itu memerlukan usaha," jelasnya.

 

Artikel Lain