SELEPAS kecoh cerita pelakon Aron Ashab mendakwa dirinya menjadi mangsa culik, timbul pula kisah berbeza apabila kakaknya sendiri mendedahkan aktor itu sebagai penipu.Dalam beberapa di Instagram, Gamyla Ashab memberitahu kehilangan adiknya selama enam bulan sebelum ini adalah kerana mendapat rawatan di sebuah pusat pemulihan akibat masalah ketagihan alkohol. "Dia di pusat pemulihan kerana ketagih alkohol dan ada masalah tidak terkawal kalau mabuk. Kami sudah penat.Pendedahan yang dibuat Gamyla. "Mabuk setiap hari berbotol-botol dalam rumah tempat tinggal bersama ibu yang sedang strok. Saya dan anak-anak sudah trauma melihat kelakuannya setiap hari."Jadi tiada penculikan!" tegasnya dalam menjawab pertanyaan pengikut di media sosial.Gamyla juga memberitahu adiknya itu masih belum pulang ke rumah selepas melarikan diri dari pusat pemulihan berkenaan.ARTIKEL BERKAITAN: Enam bulan ‘lenyap‘ diculik, Aron Ashab dipaksa solat 120 rakaat sehari... Mahu tuntut keadilan ARTIKEL BERKAITAN: Tanah dan aset RM91,000 dijual tanpa izin, Farel Prayoga tuntut keluarga pulangkanMalah, dia juga mendakwa Aron sengaja mereka cerita sensasi untuk tujuan mempromosikan lagu baharunya."Kalau orang yang tumpangkan dia sudah tidak sanggup kerana bergaduh, dan dia sudah tidak ada duit, barulah dia pulang dengan drama menangis berpura-pura taubat. Perkara ini sudah berulang kali.Aron bersama peguamnya mahu ambil tindakan undang-undang selepas mendakwa dia menjadi mangsa culik. "Dia sengaja buat drama untuk namanya naik lagi bagi promosi lagu yang dibuat di tempat pemulihan," ujarnya.Aron sebelum ini mengejutkan orang ramai apabila mendakwa dia menjadi mangsa culik dan dibawa ke sebuah kawasan.Dia kemudian berjaya melarikan diri dan memberitahu bakal mengambil tindakan undang-undang.