PELAKON Aron Ashab membuat pengakuan mengejutkan apabila memberitahu dia menjadi mangsa culik dan disorokkan di sebuah kawasan yang terletak di Tasikmalaya, Jawa Barat, Indonesia selama enam bulan.Membuat kemunculan semula di Instagram miliknya setelah sekian lama tidak aktif, Aron, 33, bagaimanapun belum bersedia untuk berkongsi secara terperinci tentang kronologi penculikan seperti yang didakwa. Malah, dia kini sudah mendapatkan khidmat peguam bagi menuntut keadilan.Aron bersama peguamnya (kiri) bakal mengambil tindakan undang-undang. "Saya tak boleh terus jelaskan. Selepas kami susun semua barulah saya akan bercakap. Sekarang ini mahu bersenang-senang dahulu. Kebenaran akan mencari keadilan," katanya kepada media Indonesia.Peguam mewakili Aron yang dikenali sebagai Sunan Kalijaga memberitahu pihak mereka sedia untuk mengumpul maklumat secara terperinci bagi mengambil tindakan lanjut."Tanpa sebarang alasan, seseorang itu diambil secara paksa dan diletak di suatu tempat maka itu adalah merampas kebebasan.ARTIKEL BERKAITAN: Tanah dan aset RM91,000 dijual tanpa izin, Farel Prayoga tuntut keluarga pulangkan ARTIKEL BERKAITAN: Keyakinan diri meningkat, Sheila Marcia sanggup ubah ‘aset‘ demi suami"Setakat ini masih kurang jelas sebab saya bertemu Aron di restoran. Suasana agak bising. Namun secara dasarnya dia diculik," jelasnya.Aron sebelum ini muncul di Instagram pada 14 Oktober selepas kali terakhir dilihat aktif pada 2 November 2025.Dia mendakwa telah diculik oleh sekumpulan individu dan dibawa ke sebuah lokasi bersama puluhan mangsa lain dan diwajibkan melakukan aktiviti pelik termasuk solat sehingga 120 rakaat dalam sehari.Pelakon itu turut mendakwa melihat sendiri berlaku kekerasan terhadap mangsa lain. Katanya, dia berjaya melarikan diri selepas mendapat kepercayaan salah seorang penculik.