PENYANYI Olivia Rodrigo mencetuskan kecaman apabila didakwa menggunakan peluh ketiaknya untuk menggayakan rambut ketika membuat persembahan di Washington D.C, Amerika Syarikat (AS).Menerusi rakaman video yang tular di media sosial, Olivia dilihat menggosok kedua-dua tangannya di bawah ketiak sebelum menyapukan tangannya yang dipercayai basah dengan peluh ke bahagian rambut. Aksi tersebut dipercayai dilakukan sebelum penyanyi berusia 23 tahun itu menyampaikan lagu popularnya, Serena Joy dalam siri jelajah The Unravelled Tour di Capitol Arena pada 4 Oktober lalu.Olivia menjadi bualan netizen di media sosial.Perbuatan itu bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi apabila ramai pengguna media sosial menyifatkannya sebagai menjijikkan dan tidak bersih.“Saya tidak pernah melihat seseorang menggunakan peluh ketiak untuk menggayakan rambut.ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan cinta dengan Louis Partridge berakhir selepas dua tahun, Olivia Rodrigo menangis di kelab malamARTIKEL BERKAITAN: Olivia Rodrigo kecewa muka tumbuh jerawat kerana pelitup muka“Ini bukan tutorial menggayakan rambut menggunakan peluh kan?" tulis netizen. Dalam pada itu, ada juga yang mempersoalkan sama ada rakaman terbabit benar-benar tulen kerana terkejut melihat aksi penyanyi tersebut.“Tolong beritahu saya video ini dihasilkan menggunakan kecerdasan buatan (AI),” tulis seorang pengguna media sosial.