suria

Hubungan cinta dengan Louis Partridge berakhir selepas dua tahun, Olivia Rodrigo menangis di kelab malam

Hubungan pasangan selebriti ini hanya bertahan dua tahun sahaja.

SELEPAS dua tahun bercinta, hubungan penyanyi Olivia Rodrigo dan pelakon Louis Partridge dilaporkan telah berakhir.

Menurut sumber, kedua-dua mereka mula membawa haluan masing-masing sejak beberapa minggu lalu.

Bagaimanapun, kisah perpisahan ini mula dihidu peminat sejak Isnin selepas mereka dilihat tidak lagi meluangkan masa bersama.

Perpisahan mereka dapat dihidu bermula Isnin. 

“Mereka memilih jalan untuk berpisah,” jelas sumber berkenaan.

Namun, punca sebenar mereka menamatkan hubungan tersebut masih belum dapat dipastikan.

ARTIKEL BERKAITAN: Sikit sangat bagi gelandangan sedekah, netizen kecam Selena Gomez kedekut

ARTIKEL BERKAITAN: Empat selebriti Hollywood terkaya yang pernah hidup sebagai gelandangan

Biarpun berpisah secara baik, Olivia dikatakan tidak dapat menahan kesedihan selepas ditinggalkan kekasihnya.

“Olivia menangis teresak-esak semasa berparti bersama rakan-rakannya di London akibat perpisahan itu,” kata sumber.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Berikut

Artikel Lain