suria

Bukan 'unfollow', Brooklyn Beckham sekat semua ahli keluarga di media sosial

Brooklyn bertindak sekat semua ahli keluarganya.

ANAK ketiga kepada pasangan selebriti David dan Victoria Beckham iaitu Cruz tampil pertahankan ibu bapanya mengenai dakwaan berlaku masalah dalam keluarga mereka. 

Jelas Cruz, 20, ibu bapanya tidak pernah bertindak 'unfollow' abangnya, sebaliknya Brooklyn yang menyekat seluruh ahli keluarga di media sosial.

“Tidak benar. Ibu dan ayah saya tidak akan pernah berhenti mengikuti anak mereka sendiri. 

Drama keluarga Beckham bermula sejak 2022. 

"Mari betulkan fakta. Mereka bangun pagi dalam keadaan sudahpun disekat oleh Brooklyn. Dan begitu juga saya," katanya. 

Sebelum ini, kisah keluarga Beckham kembali hangat diperkatakan selepas David dan Victoria dilihat 'unfollow' anak sulung Brooklyn di Instagram.

Untuk rekod, ketegangan antara Brooklyn dan isteri Nicola Peltz bersama keluarga Beckham dipercayai bermula sejak persiapan perkahwinan pasangan itu pada 2022. 

ARTIKEL BERKAITAN: David Beckham tamatkan isu keluarga, panggil anak duduk berbincang empat mata

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah dituduh tak sebulu, ucapan hari jadi Victoria Beckham buat menantu menyentuh hati

Kemelut dalam keluarga ini juga semakin menjadi perhatian apabila Brooklyn dilihat tidak ikut sama dalam beberapa acara termasuk sambutan ulang tahun. 

Victoria juga dikatakan tidak 'sebulu' dengan menantunya itu sejak awal berkahwin dengan Brooklyn.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain