PENYANYI rap Wiz Khalifa dijatuhi hukuman penjara selama sembilan bulan di Romania atas kesalahan memiliki dadah jenis ganja yang dilakukan pada tahun lalu.
Mahkamah Rayuan Constanta, Romania menetapkan hukuman tersebut pada 18 Disember, selepas Khalifa atau Cameron Jibril Thomaz, 38, disabitkan kesalahan memiliki dadah berbahaya tanpa hak dan untuk kegunaan peribadi.
Ketika ditahan penyanyi itu memiliki dadah jenis ganja seberat 18 gram.

Pihak pendakwaan sebelum ini memohon hukuman lebih berat.
Kesalahan tersebut dibuat ketika dia menghisap ganja secara terbuka semasa membuat persembahan di negara berkenaan pada Julai tahun lalu sempena festival Beach, Please!.
Ketika persembahan, dia dilihat menyalakan dan menghisap sebatang rokok ganja di hadapan ribuan penonton hingga mencetuskan siasatan jenayah oleh pihak berkuasa Romania.
Pada April lalu Mahkamah Rendah menetapkan hukuman denda sebanyak RM3,400 namun pihak pendakwaan mengemukakan rayuan dan memohon hukuman lebih berat.
ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Blueface naik hantu gara-gara kekasih anak salah eja nama ketika cacah tatu
ARTIKEL BERKAITAN: Ammar Zoni berani persoal tindakan saksi di mahkamah, nafi edar dadah dalam penjara
Mahkamah Rayuan Constanta kemudian menetapkan hukuman penjara kerana ia bertujuan dijadikan pengajaran kepada orang ramai kerana melakukan kesalahan yang meningkatkan jenayah sosial.
Ia secara tidak langsung memberi pengajaran kepada golongan muda tentang bahaya penggunaan bahan terlarang itu.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


