KESILAPAN ejaan yang dilakuka teman wanita kepada penyanyi rap Blueface dikenali Nevaeh ketika mencacah tatu nama kekasihnya di bahagian leher mengundang perhatian ramai.
Bukan sahaja menjadi perbualan netizen, malah perkara itu turut mencetuskan reaksi ibu Blueface iaitu Karlissa Saffold Harvey.
Menurut Karlissa, nama penuh yang diberikan kepada anak lelakinya iaitu Johnathan Jamall Porter mempunyai makna tersendiri dan tidak sepatutnya dipandang remeh.

Blueface dikatakan tidak hairan dengan perkara tersebut.
“Saya namakannya dengan penuh makna dan huruf ‘H’ itu bukan diletakkan secara suka-suka,” katanya ringkas.
Sebelum ini, teman wanita Blueface yang dikenali sebagai Nevaeh berkongsi mengenai kesilapan pada tatu yang dibuatnya apabila tertinggal huruf ‘H’ pada nama sebenar penyanyi tersebut.
Tambah Karlissa, ejaan nama anaknya itu bukan sekadar huruf semata-mata kerana ia mempunyai maksud keagamaan yang diambil daripada ayat dalam Bible.
ARTIKEL BERKAITAN: Rasa tercabar dengan pendatang baharu lebih berbakat, Rain terfikir mahu bersara
ARTIKEL BERKAITAN: Bersenam dua kali sehari, Rain terkejut laporan perubatan tunjuk dia pra obesiti
Tindakan Karlissa mengulas perkara tersebut bagaimanapun menerima pelbagai reaksi netizen, dengan sebahagian beranggapan ia terlalu berlebihan.
“Janganlah terlalu terasa, boleh sahaja padam dan buat semula.
“Pada saya tiada apa-apa masalah pun, peliklah,” komen netizen.
Sementara itu, Blueface dilihat tidak mengambil pusing terhadap kesilapan ejaan pada tatu Nevaeh, sebaliknya kekal mesra bersama wanita tersebut dan sering mempamerkan keintiman mereka di media sosial.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


