MODEL asal Jepun, Yano Shiho, mencuri perhatian netizen dengan kenyataan jujurnya mengenai kehidupan rumah tangganya bersama suami, Choo Sung Hoon, yang juga seorang atlet seni mempertahankan diri campuran.
Yano mendedahkan dia dan suaminya kini menjalani hubungan yang digelarnya sebagai ‘perkahwinan bermusim’.

Jarakkan diri cara Yano dan Sung Hoon baiki hubungan mereka sebagai suami isteri.
Katanya, sejak saluran YouTube Sung Hoon semakin popular, suaminya itu sibuk dengan penggambaran sehingga kadangkala mereka tidak berjumpa selama tiga hingga empat bulan.
Yano berkongsi perkara itu ketika muncul sebagai tetamu bersama pengacara Lee Hye Jung dan Jenny Park dalam episod Dolsing Fourmen yang disiarkan pada 16 Disember lalu.
Berkongsi lanjut, Yano memberitahu kini dia lebih kerap ke Korea Selatan, jadi mereka hanya berjumpa kira-kira sebulan sekali.
ARTIKEL BERKAITAN: Belum setahun berkahwin, Kim Bo Ra dan suami bercerai
ARTIKEL BERKAITAN: Perkahwinan bertahan 5 tahun, pelakon Claudia dan suami CEO bercerai
Dengan nada berseloroh, Yano menambah bahawa mereka sebenarnya tidak terlalu rapat berhubung, tetapi ia ada kebaikannya.
“Dulu, bila selalu bersama, kami sering bergaduh. Jarak sebenarnya membuatkan kami lebih menghargai satu sama lain,” ujarnya.
Tanpa berselindung, Yano juga mendedahkan dia sering terfikir mahu bercerai dengan Sung Hoon kerana masalah mereka itu.
“Selalu,” jawab Yano berseloroh.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


