PELAKON George Clooney membuat keputusan untuk tidak lagi melakonkan adegan bercium dengan mana-mana aktres wanita dalam filem terbaharu lakonannya.
Menerusi satu temu bual, keputusan itu dibuat atas persetujuan bersama isterinya iaitu Amal Clooney.
Malah, pelakon filem Ocean’s Eleven ini menyifatkan apa yang dibuat itu sebagai usahanya mengikut jejak langkah actor lagenda, Paul Newman.

Clooney tidak lagi mahu berlakon adegan cium bersama pelakon wanita.
“Saya cuba mengikut jejak Paul Newman. Saya tidak akan mencium mana-mana wanita lagi,” katanya.
Sebelum ini, Clooney sememangnya dikenali sebagai pelakon yang jarang terlibat dalam adegan ciuman di layar perak.
ARTIKEL BERKAITAN: Nampak Tua Dan Kurus, Apa Jadi George Clooney?
ARTIKEL BERKAITAN: George Clooney Timang Anak Kembar Pada Usia 56 Tahun
Sepanjang penglibatannya dalam siri Ocean’s, Clooney langsung tidak pernah bercium dengan pelakon gandingannya iaitu aktres Julia Roberts.
Situasi sama turut berlaku dalam filem Out of Sight bersama Jennifer Lopez serta Intolerable Cruelty yang menampilkan Catherine Zeta-Jones.
Pendekatan itu kini dilihat sebagai simbol penghormatan Clooney terhadap institusi perkahwinannya bersama isteri yang dikahwininya pada 2014
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


