suria

Nampak Tua Dan Kurus, Apa Jadi George Clooney?

George Clooney dan Amal Clooney pasangan yang terkenal dengan sikap romantisnya.

GEORGE Clooney diketahui mempunyai karisma tersendiri sehingga pernah dilabel sebagai antara lelaki terseksi dan tertampan di dunia.

Bahkan, majalah People sendiri pernah beberapa kali menobatkan dirinya dalam kategori tersebut.

Akan tetapi, dalam peningkatan usianya hari ini, aura ketampanan George Clooney nampaknya mula tenggelam.

Hal tersebut kelihatan jelas dari foto yang berjaya diambil paparazi baru-baru ini.

Clooney yang pada ketika itu sedang berjalan berpimpin tangan dengan sang isteri berhampiran rumah mereka di Lake Come, Itali setelah kepenatan bermain tenis.

Inilah foto yang dirakam paparazzi menunjukkan diri Clooney yang nampak begitu kepenatan.

Pada ketika itu Clooney memakai pakaian serba biru nampak begitu kepenatan. Hal itu terlihat jelas dari tatapan matanya yang sayu seperti kurang tidur.

Dengan rambut dan jambang yang mula keputihan, Clooney nampak begitu tua. Apatah lagi tubuhnya terlihat lebih kurus dari kebiasaan.

Seperti yang diketahui, Clooney sebelum ini baru sahaja dianugerahkan sepasang anak kembar bernama Ella dan Alexander pada Julai lalu.

Agaknya menggalas tanggungjawab sebagai seorang bapa membuatkan Clooney seperti tiada waktu lagi untuk menguruskan diri sehingga menampakkan usia wajahnya yang sebenar.

George Clooney

Artikel Lain