ISTERI kepada penyanyi KCM iaitu Bang Ye Won memberitahu tidak mudah melalui fasa kehidupan selepas berumah tangga kerana perkahwinan mereka sebelum ini dirahsiakan.Menurut Bang, antara detik yang sukar adalah ketika dia hamil anak pertama dan perlu menguruskan kehidupan sendiri tanpa suami di sisi. "Saya hamil anak perempuan kami seorang diri ketika suami sedang menjalani latihan ketenteraan. Ketika itu usia saya masih muda dan belum matang. Setiap perkara yang berlaku terasa begitu menyedihkan.KCM dan isteri mengadakan majlis resepsi selepas 14 tahun berkahwin. "Saya perlu melaluinya secara sembunyi-sembunyi dan bukan secara terbuka. Keadaan itu juga membuatkan saya berasa takut," katanya ketika muncul dalam sebuah program televisyen.Melihat isterinya mengalirkan air mata, KCM meluahkan rasa kesal apabila terpaksa merahsiakan status hubungan mereka selepas berkahwin.Bagaimanapun, segala pengalaman itu menjadikan hubungan mereka lebih kuat dan bahagia bersama tiga orang cahaya mata.ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi buat majlis selepas 14 tahun berkahwin, tunai janji kepada isteri ARTIKEL BERKAITAN: Miliki RM149 juta tapi enggan beli rumah sendiri, Dilraba Dilmurat lebih selesa menginap hotel"Melihat kami menderita sejak awal kita bertemu adalah perkara yang menyakitkan. Sekarang saya dapat lihat isteri saya tersenyum dan lebih tenang," ucapnya.KCM atau Kang Chang Mo, 44, mendaftarkan perkahwinan dengan Bang pada 2021 selepas sembilan tahun anak sulung mereka dilahirkan.Dalam satu temu bual sebelum ini, KCM menjelaskan dia sengaja melengahkan proses pendaftaran berkenaan kerana enggan isterinya dikaitkan dengan isu hutang.