SELEPAS 14 tahun mendirikan rumah tangga, penyanyi Korea Selatan KCM akhirnya mengadakan majlis perkahwinan sebagai tanda meraikan kebahagiaan hidup bersama isteri iaitu Bang Ye Won.Menurut KCM atau Kang Chang Mo, 44, majlis yang bakal berlangsung pada Oktober itu juga menjadi simbolik ikatan kasih sayangnya terhadap isteri dan anak-anak yang banyak memberikan sokongan. Malah, ia juga menjadi bukti komitmennya untuk terus menjaga keluarga.Keluarga bahagia KCM. "Saya gembira akhirnya dapat menunaikan janji kepada isteri selepas 14 tahun. Semua ini tidak mungkin berlaku tanpa isteri yang tabah mengharungi waktu sukar bersama saya, serta tiga orang anak yang sentiasa memberikan kekuatan kepada saya."Majlis ini menjadi simbol komitmen saya untuk terus hidup demi keluarga sepanjang hayat, selain meluahkan penghargaan kepada insan-insan yang sentiasa berada di sisi saya," katanya.Menerusi kenyataan yang dikeluarkan pihak pengurusan, majlis berkenaan akan diadakan pada 4 Oktober di Seoul, Korea Selatan.ARTIKEL BERKAITAN: V BTS kurang rehat, cuma tidur 2 jam ketika jelajah konsert ARTIKEL BERKAITAN: Jimin BTS henti konsert ekoran peminat hampir rebahKCM mendaftarkan perkahwinannya dengan Ye Won pada 2021, iaitu sembilan tahun selepas kelahiran anak sulung mereka.Dalam satu temu bual sebelum ini, penyanyi itu mendedahkan dia sengaja melengahkan proses berkenaan kerana enggan isterinya dikaitkan dengan isu hutang yang dihadapinya.Pasangan itu kini memiliki tiga orang anak hasil 14 tahun hidup bersama.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!