TINDAKAN pantas anggota kumpulan BTS, Jimin, menghentikan seketika persembahan selepas menyedari seorang peminat dipercayai rebah ketika konsert di Brussels, Belgium mendapat pujian ramai.Allkpop melaporkan, kejadian berlaku semasa konsert BTS World Tour ‘Arirang’ di Brussels pada 2 Julai lalu, apabila Jimin menyedari seorang penonton kelihatan tidak bermaya sebelum segera menghentikan persembahan bagi memaklumkan kepada petugas. "Di sini, di sini. Saya rasa ada sesuatu yang tidak kena. Saya rasa seseorang telah rebah. Tolong bantu mereka dengan segera," katanya dari atas pentas.Jimin bersama BTS kini sibuk dengan konsert jelajah Arirang di seluruh dunia.Jimin kemudiannya dilihat terus memerhatikan keadaan peminat tersebut sebelum meneruskan persembahan selepas memastikan petugas keselamatan tiba di lokasi untuk memberikan bantuan.Rakaman video kejadian itu turut tular di media sosial, dengan rata-rata peminat memuji keprihatinan penyanyi berusia 30 tahun itu yang peka terhadap keadaan penonton meskipun sedang membuat persembahan di hadapan ribuan penonton.ARTIKEL BERKAITAN: Peminat naik angin foto badan Jimin BTS berjerawatARTIKEL BERKAITAN: Sanggup tak makan demi jaga badan, Jungkook dan Jimin teruk dikecamRamai menyifatkan tindakan Jimin sebagai bukti beliau sentiasa mengutamakan keselamatan dan kebajikan peminat yang hadir menyaksikan persembahan BTS."Jimin umpama 'malaikat' kepada semua orang. "Jiminsangat baik hati, saya harap peminat yang pengsan itu berada dalam keadaan baik," tulis netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!