suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

V BTS kurang rehat, cuma tidur 2 jam ketika jelajah konsert

V rahsiakan tempat penginapan bagi elak diganggu peminat.

ANGGOTA kumpulan BTS iaitu V mendedahkan dia mengalami keletihan melampau ketika menjayakan siri jelajah dunia BTS World Tour Arirang.

V berkata, jadual padat sepanjang jelajah itu menyebabkan dia sukar mendapatkan rehat berkualiti.

Katanya lagi, ia sekali gus menjejaskan pemulihan tenaga sebelum membuat persembahan yang baharu.

Lebih membimbangkan, waktu rehat mereka turut terganggu apabila terdapat segelintir peminat didakwa datang ke hotel penginapan semata-mata untuk bertemu mereka.

V harap peminat memahami keadaannya.

“Kami hanya ada masa yang sangat terhad untuk berehat ketika jelajah. Dalam masa sama, kami juga mahu menikmati sedikit masa di negara yang kami lawati.

“Saya juga tidak mahu mendedahkan lokasi penginapan kerana ia boleh menjejaskan prestasi. Saya harap semua pihak boleh memahami,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Dalam perkongsian sama, V turut mendedahkan data penjejakan tidur yang menunjukkan dia hanya mendapat rehat sekitar 2 jam 27 minit pada satu malam sepanjang jelajah konsert itu berlangsung.

ARTIKEL BERKAITAN: Jimin BTS henti konsert ekoran peminat hampir rebah

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat naik angin foto badan Jimin BTS berjerawat

Sementara itu, syarikat pengurusannya tampil memberi amaran keras terhadap mana-mana pihak yang menceroboh privasi artis mereka, termasuklah tindakan mengekori atau mengganggu anggota kumpulan itu.

Dalam perkembangan lain, BTS kini sedang meneruskan konsert jelajah mereka yang merangkumi beberapa bandar utama Eropah termasuk di Madrid, London, Munich dan Paris.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain