suria

Sanggup tak makan demi jaga badan, Jungkook dan Jimin teruk dikecam

Perkongsian Jungkook (kiri) dan Jimin menimbulkan kebimbangan peminat.

PENYANYI Jungkook dan Jimin berdepan kecaman netizen selepas tidak mengamalkan gaya hidup sihat. 

Menerusi satu temu bual, dua anggota kumpulan BTS itu secara terbuka memberitahu mereka mengamalkan diet ekstrem sehingga sanggup tidak makan demi menjaga penampilan.

Malah, Jimin juga dengan bangga menyatakan kaedah tersebut sebagai cara terbaik untuk menurunkan berat badan.

Ramai tidak bersetuju dengan cara Jungkook dan Jimin amalkan diet. 

“Jika mahu menurunkan berat badan, tiada cara terbaik selain tidak makan,” katanya.

Jungkook sebelum itu pula menganggap kaedah yang diamalkan sebagai satu kejayaan peribadi yang harus dibanggakan.

Kenyataan dua penyanyi itu bagaimanapun menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan ramai kerana boleh terdedah dengan pelbagai penyakit serius. 

ARTIKEL BERKAITAN: RM BTS cedera menjelang konsert, pergerakan koreografi terpaksa dihadkan 

ARTIKEL BERKAITAN: Lapangan Terbang Incheon ‘huru-hara’ sebab peminat BTS

Tidak kurang juga yang berpendapat Jungkook dan Jimin memberikan contoh yang tidak baik kepada peminat.

“Mereka menyarankan agar menyayangi diri sendiri, namun pada masa sama menggalakkan tabiat pemakanan yang buruk.

“Sangat menjijikkan, peminat muda mereka tidak patut mendengar perkara ini.

“Kesian melihat cara pemakanan mereka demi menjaga penampilan,” komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain