suria

Lee Hye Young didakwa solek anjing hingga luka, netizen anggap penderaan haiwan

Tindakan Hye Young dianggap sebagai mendera haiwan peliharaannya.

TINDAKAN pelakon Korea Selatan, Lee Hye Young, memuat naik video memaparkan anjing peliharaannya disolek mengundang kecaman netizen.

Menerusi video tersebut, Hye Young dilihat melukis corak pada wajah haiwan itu seolah-olah mengenakan eyeliner dan pemerah pipi.

Lebih mencetuskan kemarahan apabila terdapat kesan luka pada wajah anjing berkenaan yang dipercayai berpunca daripada tindakan tersebut.

Hye Young pilih padam video tanpa penjelasan.

Rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang dan menyifatkan tindakan itu tidak wajar, malah ada yang menganggap ia sebagai satu bentuk penderaan terhadap haiwan.

“Bukankah ini penderaan haiwan? Kenapa buat macam itu pada anjing?

ARTIKEL BERKAITAN: Hormati proses undang-undang, Lee Soo Kyung lupakan hasrat miliki cahaya mata

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon wanita ditahan gara-gara curi sandwich bernilai RM9

 “Adakah anjing itu sekadar mainan? Baham kimia itu bahaya untuk haiwan” antara komen yang ditinggalkan.

Susulan kritikan berterusan, Hye Young bertindak memadam video berkenaan tanpa sebarang penjelasan lanjut.

Bagaimanapun, sehari kemudian, dia memuat naik foto baharu bersama anjingnya yang sudah kembali bersih tanpa sebarang solekan, dipercayai sebagai usaha meredakan keadaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain