PELAKON Jepun, Anri Sakaguchi ditahan polis selepas didakwa mencuri sandwich dari sebuah kedai serbaneka.Memetik laporan Korea Boo, Anri, 33, ditahan pada 17 Mac lalu oleh Polis Metropolitan Tokyo di sebuah premis di Hachioji. Difahamkan, sandwich yang dicuri dianggarkan bernilai RM9 (300 yen).Ini bukan kesalahan pertama buat Anri.Menurut siasatan, kejadian itu disedari seorang pekerja kedai sebelum menghubungi pihak berkuasa.Anri kemudian ditahan di lokasi kejadian dan ketika disoal siasat, dia mengaku bersalah atas perbuatannya itu. Untuk rekod, Anri merupakan anak kepada pelakon terkenal Jepun, Ryoko Sakaguchi.Dia sebelum ini aktif dalam dunia hiburan, namun mengumumkan persaraannya pada 2017.ARTIKEL BERKAITAN: Syarikat produksi China perkenal pelakon AI, netizen tak puas hati dakwa tiru wajah artis sebenarARTIKEL BERKAITAN: Rakan beri cadangan bekukan sperma, Jay Park tersipu malu diusik belum kahwinSejak itu, kehidupannya sering menjadi perhatian susulan pelbagai kontroversi termasuk penglibatan dalam industri kandungan dewasa.Selain itu, dua perkahwinannya berakhir dengan perceraian serta pendedahan mengenai masalah peribadi turut mengundang perhatian ramai.Malah, Anri juga pernah ditahan sebelum ini atas kes menceroboh kediaman bekas pasangannya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube