PENYANYI rap, Jay Park tersentak dan menunduk malu apabila rakan-rakannya menyarankan agar dia menjalani proses membekukan sperma.Cadangan itu dilontarkan oleh dua rakannya iaitu Nucksal dan DJ Wegun, gara-gara Jay masih belum berkahwin serta mempunyai anak. Perbualan spontan itu berlaku ketika mereka meluangkan masa bersama di saluran YouTube Maybe Our Last Friendship Trip. Rakan-rakan suka mengusik Jay.Jay memilih untuk tidak duduk lama bersama kerana mahu memberi ruang kepada dua rakannya berbincang mengenai hal rumah tangga.Menurut DJ Wegun, dia merasakan Jay sering berasa janggal apabila topik berkaitan perkahwinan dibincangkan, sekali gus menyarankan agar penyanyi itu mempertimbangkan untuk memiliki anak suatu hari nanti.Tambahnya, prosedur membekukan sperma wajar dilakukan ketika usia masih muda bagi memastikan kualiti yang baik.ARTIKEL BERKAITAN: Video Jay Park gantung coli dekat leher kembali tular, netizen salahkan peminat gatal cari perhatianARTIKEL BERKAITAN: Sudah anggap macam abang, Jay Park teruja kongsi pentas dengan Joe Flizzow“Awak patut dengar cerita kami. Memang agak janggal, tapi kita sudah mencecah usia 40 tahun. Sudah tiba masanya awak bekukan sperma.“Lebih baik lakukan ketika masih muda dan bertenaga,” ujarnya.Bagaimanapun, Nucksal yakin rakannya itu masih berada dalam keadaan sihat memandangkan Jay aktif melakukan senaman.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube