TAMPIL berpakaian baju Melayu, personaliti media sosial, Lucinta Luna mendapat perhatian ramai semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri.Berkongsi perkara itu di akaun Instagram miliknya, Lucinta atau nama sebenarnya Muhammad Fattah, 35, tampak segak bergaya mengenakan baju berwarna putih, berkain pelekat hitam dan songkok hitam. Hantaran Lucinta Luna mendapat respons positif netizen. Dalam perkongsian tersebut, Lucinta seakan-akan memohon kepada Allah untuk menerima segala ibadahnya."Bayangkan Allah senang denganmu kerana niat keberanianmu untuk datang beribadah ke rumah Allah," katanya pada Sabtu.Hantaran tersebut menerima banyak respons positif daripada peminat dan juga netizen.ARTIKEL BERKAITAN: Lucinta Luna janji tunai umrah sebagai lelaki, tak tergamak persenda agamaARTIKEL BERKAITAN: Lucinta Luna ‘live’ dengan leher berbalut... Netizen terkejut suara lebih lembut, syak dah buat pembedahanMalah ada yang mendoakan supaya Lucinta dapat kekal istiqamah dengan imej terbaharunya itu."Alhamdulillah, akhirnya apa yang minta sebelum ini termakbul. Memang teringin tengok Lucinta berpakaian lelaki."Nampak hensem bila berpakaian begini. Semoga istiqamah ya," ujar netizen.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube