suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Song Joong Ki ikut cakap bapa, sikap Song Hye Kyo didakwa punca cerai

Bapa Joong Ki (kiri) dikatakan tidak menyukai Hye Kyo.

SELEPAS tujuh tahun berpisah, timbul dakwaan mengatakan pelakon Song Hye Kyo menjadi punca keretakan rumah tangga bersama aktor Song Joong Ki. 

Menerusi satu hantaran di Threads, seorang indovidu mendakwa mengenali kedua-dua pelakon itu secara dekat dan mendedahkan konflik yang pernah berlaku antara mereka. 

Menurutnya, perpisahan tersebut juga melibatkan bapa Joong Ki yang tidak suka dengan sikap menantunya. 

Perkahwinan Joong Ki dan Hye Kyo hanya bertahan selama dua tahun. 

"Salah satu sebab bercerai kerana ayahnya merasakan Hye Kyo tidak patuh. 

"Hye Kyo sukakan kebebasan, manakala Joong Ki sangat mendengar kata ayahnya. 

"Jadi terdapat banyak konflik antara mereka yang akhirnya membawa kepada perceraian tersebut," dakwa individu berkenaan. 

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon lelaki kantoi dengan teman wanita, rupanya dah berkahwin... Cik A rugi puluhan ribu sebab kesian 

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh kahwin secara rahsia, Zendaya dedah gambar ‘nikah’ dengan Tom Holland cuma AI

Menguatkan kenyataan tersebut, individu berkenaan memberitahu ibunya merupakan teman rapat kepada bapa Joong Ki. 

Malah ibunya turut hadir pada hari perkahwinan mereka namun tidak dapat berkongsi sebarang gambar. 

Untuk rekod Joong Ki dan Hye Kyo berkahwin pada 31 Oktober 2017 dalam satu majlis tertutup di Seoul, Korea Selatan. 

Joong Ki kemudian memfailkan perceraian selepas dua tahun mendirikan rumah tangga. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain