SELEPAS lama berdiam diri, pelakon Zendaya akhirnya membuka mulut mengenai khabar angin perkahwinannya secara rahsia bersama kekasih Tom Holland.Zendaya berkata gambar perkahwinan yang tular di media sosial sebelum ini adalah palsu dan dibuat menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI). Katanya, dia sendiri terkejut apabila ramai yang mempercayai gambar tersebut termasuk rakan-rakan rapatnya.Zendaya masih belum jelaskan status dirinya bersama Tom.“Sayang, itu AI. Itu bukan sebenar. Ramai yang hubungi saya dan ucap tahniah. "Mereka ingat saya benar-benar sudah berkahwin sedangkan saya jalani hidup seperti biasa,” katanya semasa menjadi tetamu rancangan Jimmy Kimmel Live!.Tambahnya, imej yang dihasilkan AI itu kelihatan sangat realistik sehingga sukar dibezakan dengan gambar sebenar.ARTIKEL BERKAITAN: Penata gaya ‘pecah lubang’ Tom Holland, Zendaya sudah berkahwinARTIKEL BERKAITAN: Kecoh dakwaan sudah berkahwin, ibu Zendaya tampil beri responsBagaimanapun, Zendaya memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai status hubungannya, sebaliknya hanya menegaskan bahawa gambar perkahwinan yang tular itu adalah tidak benar.Sebelum ini, spekulasi mengenai perkahwinan pasangan itu mula tercetus selepas stylist terkenal Law Roach memberi bayangan yang menguatkan dakwaan tersebut.Selain itu, kemunculan Zendaya dengan cincin di jari turut mengundang tanda tanya dalam kalangan peminat.Untuk rekod, pasangan ini mula berkenalan ketika sama-sama membintangi filem Spider-Man sekitar tahun 2017 sebelum hubungan mereka menjadi perhatian umum.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube