suria

The Pussycat Dolls kenang insiden disekat di Malaysia kerana berpakaian seksi

The Pussycat Dolls bakal membuat comeback tidak lama lagi.

KUMPULAN The Pussycat Dolls mengimbau kenangan pernah mencetuskan kontroversi di Malaysia apabila persembahan mereka dikatakan terlalu seksi sehingga membawa kepada sekatan oleh pihak berkuasa tempatan.

Menerusi temu bual bersama vt, anggota kumpulan tersebut, Kimberly Wyatt berkata pengalaman itu masih segar dalam ingatan mereka walaupun ia berlaku sekitar tahun 2006.

Kata Kimberly, kejadian itu benar-benar mengejutkan kerana pada awalnya mereka sendiri tidak menyedari isu tersebut telah menjadi berita besar di negara ini.

The Pussycat Dolls pernah popular sekitar tahun 2000-an.

"Pakaian kami sebenarnya hanya terdedah pada bahagian bahu dan perut sahaja, tetapi masyarakat Malaysia tidak dapat menerimanya.

"Keesokan harinya, ketika kami berada di lapangan terbang, kami terkejut apabila melihat berita kumpulan Pussycats Dolls telah disekat di Malaysia," katanya. 

Mengimbau kembali situasi tersebut, Kimberly berkata mereka kemudian kembali semula ke Malaysia bagi menghadiri sebuah acara dengan penampilan yang lebih sopan.

ARTIKEL BERKAITAN: Sembilan tahun bercuti The Pussycat Dolls bakal kembali beraksi!

ARTIKEL BERKAITAN: Nicole Scherzinger beli makanan segera di Johor Bharu

"Kami kembali semula ke Malaysia dengan memakai pakaian bertutup seperti turtleneck untuk menghadiri acara MTV Asia Awards. 

"Panasnya sangat terasa," ujarnya.

Untuk rekod, kumpulan The Pussycat Dolls yang dianggotai oleh penyanyi utama Nicole Scherzinger bersama ahli lain seperti Ashley Roberts, Kimberly Wyatt, Jessica Sutta dan Melody Thornton pernah mencetuskan kontroversi kerana berpakaian seksi ketika membuat persembahan di Sunway Lagoon, Selangor pada 2006.

Susulan itu, penganjur acara berkenaan dikenakan denda sebanyak RM10,000 kerana membenarkan persembahan tersebut berlangsung.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain