suria

Pelakon baharu buat hal! Bekas teman wanita ‘spill the tea’... "Dia selalu curang, ada anak dengan perempuan lain"

Nama pelakon lelaki tersebut sedang hangat diperkatakan netizen.

POPULARITI semakin meningkat menerusi drama BL terkenal Revenged Love, nama pelakon Cina, Tian Xu Ning menjadi perhatian ramai apabila terdapat beberapa dakwaan negatif mengenai dirinya.  

Dakwaan tersebut dibuat oleh bekas teman wanitanya dikenali Xu Ning, 29, yang mendakwa aktor itu bukan lelaki yang baik. 

Dalam satu sesi siaran langsung baru-baru ini, wanita tersebut mendakwa dia dan pelakon itu pernah menjalin hubungan cinta selama dua tahun selain berkongsi foto bercium kepada umum. 

Bukti (kanan) yang ditunjukkan wanita berkenaan. 

Lebih mengejutkan, wanita itu mendakwa pelakon itu berlaku curang sepanjang tempoh mereka bercinta, malah menyebut tentang seorang anak yang didakwa hasil hubungannya dengan wanita lain.

"Dia telah bersama dengan ramai wanita sepanjang dua tahun kami bersama. Saya tahu dia mempunyai seorang anak dengan wanita lain," katanya sambil menahan air mata.

ARTIKEL BERKAITAN: Michael B. Jordan, Jessie Buckley ungguli Oscar 2026

ARTIKEL BERKAITAN: Taylor Swift kekal ungguli senarai billionaire, nilai kekayaan cecah RM9.4 bilion

Susulan pendedahan itu, syarikat Xu Ning segera mengeluarkan kenyataan menafikan semua dakwaan dan berjanji akan mengambil tindakan undang-undang terhadap sebarang fitnah.

Sebelum ini, syarikat pelakon itu juga pernah menafikan dakwaan mengenai perkahwinan rahsia dan anak. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain