ANUGERAH Akademi ke-98 (Oscar) pada Ahad menyaksikan kemenangan bergaya buat Michael B. Jordan dan Jessie Buckley apabila kedua-duanya dinobatkan sebagai pemenang kategori Pelakon Terbaik.Jordan meraih trofi Pelakon Lelaki Terbaik menerusi lakonannya dalam filem Sinners, sekali gus menandakan kejayaan terbesar dalam kerjaya seninya setakat ini. Dalam ucapannya, Jordan memberi penghargaan kepada pengarah filem berkenaan, Ryan Coogler yang disifatkan lebih daripada sekadar rakan kerja.Oscar merupakan kejayaan terbesar buat Michael B. Jordan."Awak seorang yang luar biasa. Saya berasa amat terhormat dapat memanggil awak sebagai rakan kolaborasi dan sahabat."Awak memberi saya peluang serta ruang untuk diperhatikan. Saya sayangkan awak, sahabat. Sayang awak sampai mati," katanya.Jordan berjaya mengetepikan saingan hebat lain iaitu Timothee Chalamet (Marty Supreme), Leonardo DiCaprio (One Battle After Another), Ethan Hawke (Blue Moon) dan Wagner Moura (The Secret Agent).ARTIKEL BERKAITAN: Tak sia-sia dalami watak khunsa, Jasmin Suraya terkejut filem lakonannya wakili Malaysia ke Anugerah Oscar Ke-98ARTIKEL BERKAITAN: Trofi Pelakon Wanita Terbaik milik Michelle Yeoh, cipta sejarah rakyat Malaysia pertama menang OscarSementara itu, kategori Pelakon Wanita Terbaik menjadi milik Buckley menerusi lakonannya dalam filem Hamnet.Pelakon kelahiran Ireland itu menyifatkan kemenangan itu sangat bermakna kerana majlis anugerah tersebut berlangsung pada sambutan Hari Ibu di United Kingdom."Saya ingin mendedikasikan kemenangan ini kepada semua yang bergelar ibu.Oscar merupakan kemenangan paling bermakna buat Buckley."Kita semua hadir dengan pengorbanan seorang wanita walaupun menghadapi segala kemungkinan," katanya.Buckley turut meluahkan penghargaan kepada calon lain dalam kategori sama iaitu Rose Byrne (If I Had Legs I'd Kick You), Kate Hudson (Song Sung Blue), Renate Reinsve (Sentimental Value) serta Emma Stone menerusi filem Bugonia.Paul Thomas memenangi kategori pengarah terbaik. Filem Terbaik pula dimenangi oleh One Battle After Another manakala Paul Thomas Anderson dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik. Kejayaan sekali lagi buat One Batlle After Another apabila Sean Penn memenangi pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dan Amy Madigan (Weapons) pula bagi kategori wanita.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube