suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Siti Badriah tak halang suami kahwin lain, terbuka hidup berpoligami

Siti Badriah tak pernah halang suami dekati wanita lain.

PENYANYI dangdut, Siti Badriah, membuat pendedahan bahawa dirinya tidak pernah menghalang suami untuk berkahwin lain suatu hari nanti.

Menurut Siti Badriah, 34, sejak awal perkahwinan dia sudah memberi keizinan kepada suaminya, Krisjiana Baharudin, untuk membuat pilihan sendiri dalam kehidupan, termasuk berkaitan soal berpoligami.

Katanya, dia tidak mahu terlalu mengawal atau menyekat kehidupan pasangan kerana percaya sesebuah rumah tangga perlu dibina atas dasar kepercayaan.

Siti Badriah selesa beri kebebasan kepada suami.

“Saya pernah cakap kepada dia, kalau suatu hari nanti mahu berkahwin lagi atau ada wanita lain, itu pilihan dia. Saya tidak akan melarang,” katanya ketika menjadi tetamu dalam podcast kendalian Ivan Gunawan.

Bagaimanapun, Siti Badriah menjelaskan kenyataan tersebut bukan bermaksud dia menggalakkan suaminya untuk berpoligami.

Sebaliknya, dia hanya memilih untuk bersikap terbuka dan memberi kebebasan kepada suaminya dalam membuat keputusan.

ARTIKEL BERKAITAN: Niat asal nak buat rawatan muka, Siti Badriah tukar ‘plan’ jalani pembedahan tegangkan payudara

ARTIKEL BERKAITAN: Suami Siti Badriah tarik rambut pembantu rumah, netizen sifatkan tak berperikemanusiaan

Dalam pada itu, penyanyi berkenaan berkata setiap pasangan mempunyai cara tersendiri dalam menguruskan rumah tangga.

Bagi dirinya, memberi kepercayaan serta ruang kepada pasangan merupakan salah satu cara untuk mengekalkan keharmonian dalam hubungan.

Untuk rekod, Siti Badriah mendirikan rumah tangga bersama Krisjiana pada 2019 dan memiliki dua orang cahaya mata perempuan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain