suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aktres trauma diugut simbah asid & terima mesej lucah, lelaki ‘sakit mental‘ dipenjara 8 bulan

Pelakon wanita diugut bertubi-tubi dengan lelaki berkenaan.

SEORANG lelaki berusia lingkungan 30-an dijatuhi hukuman penjara lapan bulan selepas didapati bersalah melakukan gangguan seksual secara dalam talian serta mengugut pelakon Shin Se Kyung.

Memetik laporan, lelaki yang hanya dikenali sebagai Kim itu didapati memuat naik lebih 450 hantaran berunsur lucah, penghinaan dan ugutan terhadap Se Kyung dalam tempoh dua bulan.

Perbuatan tersebut dilakukan secara tanpa nama menerusi sebuah komuniti dalam talian antara Jun hingga Ogos 2024 sehingga menyebabkan aktres berkenaan hidup dalam ketakutan.

Lelaki yang mengugut  Se Kyung dihukum penjara. 

Ketika prosiding, tertuduh memohon hukuman diringankan dengan alasan mengalami kemurungan dan menyesali perbuatannya.

Bagaimanapun, mahkamah menolak permohonan tersebut selepas mendapati tindakannya hanya bertujuan mendapatkan perhatian pengguna media sosial selain melepaskan kemarahan peribadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri pelakon dedah suami terlalu mengongkong, tak izin mandi selepas 10.30 malam

ARTIKEL BERKAITAN: Raffi Ahmad hilang lebih 400,000 pengikut IG gara-gara diboikot

Mahkamah turut mengambil kira tekanan emosi yang dialami Shin kerana terpaksa meneruskan kerjaya dalam keadaan bimbang keselamatan dirinya dan keluarga terancam.

Untuk rekod, lelaki terbabit sebelum ini dijatuhi hukuman penjara lapan bulan pada Julai 2025, namun mengemukakan rayuan sebelum keputusan tersebut dikekalkan pada Oktober lalu.

Artikel Lain