Pendakwah yang dikenali sebagai Gus Faruq dikafankan sambil menyampaikan ceramah sebelum dikebumikan di dalam liang lahad. -Foto Istimewa/Detik
SEORANG pendakwah mencuri perhatian ramai apabila menggunakan pendekatan luar biasa dengan menyampaikan ceramah dari dalam liang lahad selama kira-kira satu jam setengah.Pendakwah yang dikenali sebagai Gus Faruq dari Sulawesi Tenggara, Indonesia itu terlebih dahulu dikafankan sebelum dibaringkan di dalam liang lahad, seolah-olah menjalani proses pengebumian jenazah sebenar. Hal itu berlaku ketika program anjuran badan pengurusan organisasi Islam di Pondok Pesantren Nahdlatul Ulum, Desa Cialam Jaya, Kecamatan Konda, pada Ahad lalu."Prosesnya memang menyerupai pengebumian jenazah. Beliau terlebih dahulu dipakaikan kain kafan, kemudian dimasukkan ke dalam liang lahad," jelas Pengurus Ikatan Pelajar Nahdlatul Ulama, Yazidurrozaq.Menurut Yazid, liang lahad kemudian ditutup menggunakan papan dan ditimbun tanah serta dipasangkan batu nisan seperti sebuah kubur biasa.Kabel mikrofon dibiarkan menjulur keluar bagi membolehkan suara Gus Faruq didengari oleh para jemaah yang berada di luar.Tambahnya, Gus Faruq sebenarnya sudah mula menyampaikan ceramah sejak proses mengkafankan dirinya dilakukan dan kemudian meneruskan penyampaian dari dalam liang lahad sehingga tiba masanya untuk digali dan dikeluarkan semula. -Agensi