suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Elliza Razak terpaksa tebal muka cari kerja, stres tanggung hutang lama bekas suami

Elliza terbuka menerima lebih banyak peluang kerja.

PELAKON dan penyanyi Elliza Razak kini tidak malu mengakui dia memerlukan peluang kerja termasuk tawaran persembahan untuk mencari pendapatan bagi menampung perbelanjaan keluarga.

Kata Elliza, 41, meskipun dia menjalankan perniagaan produk wangian, namun masih belum mencukupi kerana perlu melangsaikan hutang lama.

"Sekarang ini memang saya harapkan ada tawaran persembahan, berlakon, voice-over atau apa sahaja kerja yang berkaitan industri.

"Saya juga boleh lakukan kerja-kerja pemasaran yang mana bersesuaian. Saya mahu cari peluang yang boleh dapat hasil segera," katanya kepada mStar.

Elliza mencari wang pendapatan sampingan bagi menampung perbelanjaan keluarga. 

Elliza sebelum itu menerusi satu hantaran di laman Facebook miliknya juga meminta bantuan ramai untuk memberi tunjuk ajar tentang proses mendapatkan bantuan bagi ibu tunggal.

Bantuan tersebut diharapkan dapat meringankan beban perbelanjaan keluarga termasuk kos persekolahan anak-anaknya.

Menurut Elliza, dia kini terpaksa menanggung hutang yang banyak ditinggalkan oleh bekas suaminya selepas mereka berpisah.

ARTIKEL BERKAITAN: Elliza Razak tuntut artis wanita bayar hutang tunggakan kereta lima bulan, berang nombor kena ‘block’… “Dah bagi pinjam saya pula kena maki” 

ARTIKEL BERKAITAN: Boleh gila kalau duduk seorang, Elliza Razak paksa diri untuk gembira... Simpan seribu cerita lepas cerai

"Saya buat macam-macam kerja sekarang. Bukan mudah nak mencari wang dengan jumlah yang banyak untuk bayar semua tunggakan.

"Sebab itu saya cuba dapatkan bantuan mana-mana pihak atau badan kerajaan yang boleh membantu ibu tunggal," ujarnya.

Elliza akui ada ketika dia merasa tertekan. 

Pada masa sama, Elliza juga mengakui beban yang ditanggung ini memberi kesan kepadanya sehingga menyebabkan tekanan.

Bahkan, dia risau situasi yang berlaku boleh menjejaskan kesihatannya sehingga tidak lagi boleh mencari nafkah.

"Ada ketika jantung saya berdegup laju, badan saya berpeluh. Mungkin disebabkan terlalu stres.

"Saya takut tak boleh nak tanggung semua ini dan boleh memberi kesan kepada kesihatan. Selagi mampu saya akan terus bertahan demi anak-anak," jelasnya.

Artikel Lain