suria

Elliza Razak tuntut artis wanita bayar hutang tunggakan kereta lima bulan, berang nombor kena ‘block’… “Dah bagi pinjam saya pula kena maki”

Elliza mahu bersemuka dengan rakan artis berkenaan.

PENYANYI dan pelakon Elliza Razak menuntut seorang rakan artis supaya segera menjelaskan hutang berjumlah RM7,145.

Katanya, jumlah pinjaman bank itu merupakan tunggakan ansuran bulanan kereta atas namanya yang selama ini digunakan oleh individu berkenaan.

“Perancangannya, dia pakai dahulu sebelum buat pinjaman bank dan tukar nama. Tetapi bayaran deposit pun tidak selesai selepas saya beri tempoh selama enam bulan.

Perkongsian Elliza di Instagram. 

“Apabila minta wang tersebut, saya pula yang kena maki. Kemudian dia buat hal tidak mahu bayar ansuran bulanan dan kini sudah lima bulan tertunggak,” katanya kepada mStar.

Elliza sebelum itu turut berkongsi perkara berkenaan di Instagram miliknya pada Isnin selepas mendakwa gagal menghubungi individu berkenaan kerana telah disekat.

Tambahnya, dia juga sudah menerima surat amaran daripada pihak bank dan bimbang namanya akan terjejas susulan kegagalan menjelaskan tunggakan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Boleh gila kalau duduk seorang, Elliza Razak paksa diri untuk gembira... Simpan seribu cerita lepas cerai 

ARTIKEL BERKAITAN: Elliza Razak digelar pendek dan gemuk, minta netizen tunjuk wajah sebenar

“Surat bank dah sampai dan nama saya yang akan terjejas nanti. Kereta itu pun dah hampir kena tarik.

“Saya tulis di media sosial sebab dia ‘block’ di semua tempat. Dia juga hantar peguam untuk berurusan, sedangkan dia yang salah,” ujarnya.

Elliza menegaskan dia tidak teragak-agak untuk mendedahkan identiti sebenar artis berkenaan sekiranya masih belum mendapat sebarang maklum balas.

Elliza harap isu hutang ini dapat diselesaikan segera. 

Dia juga meminta individu tersebut tampil berurusan dengannya secara bersemuka tanpa melibatkan pihak ketiga.

“Kalau saya berdiam diri, perempuan itu akan buat tidak tahu sahaja. Harap dia faham sebab saya dah tulis di media sosial.

“Saya hanya mahu berurusan dengan dia sahaja,” tegasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain