suria

Boleh gila kalau duduk seorang, Elliza Razak paksa diri untuk gembira... Simpan seribu cerita lepas cerai

Elliza tidak mahu terus dibayangi kisah silam.

MELALUI fasa perceraian yang mencabar memberi kesan besar buat penyanyi dan pelakon Elliza Razak sehingga dia merasakan kesihatan mentalnya terjejas. 

Di sebalik wajah dan perwatakan ceria yang selalu dikongsi di sosial media, Elliza, 41, memberitahu dia sebenarnya menyimpan seribu rasa yang mungkin tidak dapat difahami umum. 

"Kalau pergi buat pemeriksaan mungkin didiagnos anxiety, tetapi saya tidak mahu bergantung dengan ubat. 

Elliza cuba untuk ceria agar dapat melupakan kisah lama.

"Saya akui sekarang dalam keadaan tertekan. Jika ada yang melihat saya ceria, itu adalah usaha untuk buat diri gembira. Saya paksa diri sendiri untuk gembira. 

"Banyak perkara yang saya simpan. Duduk rumah seorang diri boleh jadi gila," katanya kepada mStar. 

Kisah perceraian Elliza dengan dengan bekas suaminya, Khairul Adzwan sebelum ini mendapat perhatian ramai apabila mendakwa dia terpaksa menanggung hutang selepas berpisah. 

ARTIKEL BERKAITAN: “Ah long kejar lagi” - Elliza Razak buat laporan polis, dakwa terima ugutan sebab hutang bekas suami 

ARTIKEL BERKAITAN: Elliza Razak rayu bekas suami ‘stop’ beri masalah, sampai menangis kerana terlalu tertekan

Malah penyanyi ini juga pernah mendedahkan dirinya diganggu oleh individu dipercayai peminjam wang (ah long) yang menuntut bayaran semula selepas Khairul Adzwan didakwa membuat pinjaman. 

Terlalu banyak menyimpan cerita, Elliza juga merasakan dia berhak untuk bersuara agar orang ramai tahu kisah sebenar. 

"Selama ini saya simpan sahaja. Tetapi rasanya lebih baik saya lepas... bukannya nak memburukkan tetapi saya perlu fikirkan tentang diri sendiri. 

Saya paksa diri sendiri untuk gembira

ELLIZA RAZAK 

PENYANYI/PELAKON 

"Apa lagi bila melibatkan isu keselamatan diri. Saya nak orang tahu kalau apa-apa yang terjadi pada diri saya nanti, ada sebab tertentu," luahnya. 

Elliza juga berharap bekas suaminya itu dapat berubah ke arah lebih baik dan tidak lagi terlibat dalam aktiviti penipuan seperti dakwaannya sebelum ini. 

Elliza mahu kehidupan lebih baik selepas bercerai. 

"Bukan nak masuk campur urusan dia, sebab saya memang sudah tiada hati. Tetapi saya harap dia boleh berubah demi anak-anak. Tolonglah bertanggungjawab," luahnya. 

Untuk rekod, Elliza mendirikan rumah tangga dengan Khairul Adzwan pada 11 November 2011, namun mereka disahkan bercerai pada Februari 2024.

Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Bung Moktar meninggal dunia