suria

Elliza Razak rayu bekas suami ‘stop’ beri masalah, sampai menangis kerana terlalu tertekan

DITIMPA pelbagai ujian semasa berkahwin dan selepas bercerai, penyanyi Elliza Razak meminta supaya bekas suaminya berhenti daripada melakukan masalah sehingga melibatkan dirinya.

Kata Elliza, 41, dia sudah penat untuk menghadapi segala perkara tersebut memandangkan dia kini berseorangan membesarkan dua anaknya.

“Saya tidak gembira dnegan semua masalah yang berlaku kepada saya. Saya sudah penat dan mahu lepas daripada semua ini. Saya juga tidak mampu nak hadap semua ini.

“Saya minta tolong sangat kepada bekas suami untuk berhenti daripada bagi masalah kepada saya,” katanya kepada mStar.

Sebelum ini, Elliza memaklumkan dia menerima beberapa mesej berbaur ugutan daripada syarikat pinjaman wang atau ‘ah long’ hasil pinjaman bekas suaminya.

Bimbang keselamatan diri dan anak-anak, Elliza memaklumkan dia sudah pun membuat laporan polis sebagai langkah berjaga-jaga.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi