PENGACARA dan penyanyi Datuk AC Mizal kecewa dengan kenyataan dikeluarkan komposer Ajai yang menyatakan kumpulan 4U2C tidak boleh adakan konsert tanpa mendapat kebenaran pemilik lagu-lagu yang dinyanyikan.
Kata AC atau Mizal Zaini, 54, kenyataan yang dibuat seolah-olah menggambarkan Ajai tidak faham akan perundangan muzik seperti yang terkandung dalam Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP).
Malah baginya, komposer itu dianggap seperti sengaja mahu menjejaskan penganjuran konsert seperti yang telah dirancang.
Konflik 4U2C bersama Man Senoi turut melibatkan ramai pihak.
"Saya kecewa bila dia kata 4U2C tak boleh buat konsert. Kenapa dia nak tutup periuk nasi kami? Apa masalah dia? Saya tak pernah kacau Exists nak buat konsert.
"Kami ada permit kelulusan daripada MACP, jadi maksudnya sekarang ini Ajai yang dah lama dalam industri pun tak tahu perundangan muzik di Malaysia," katanya kepada pemberita.
AC berkongsi perkara itu ketika majlis sidang media tergempar 4U2C yang diadakan di Tribeca Serviced Hotel, Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada petang Rabu.
ARTIKEL BERKAITAN: Ikut ‘law’ 4U2C perlu minta izin Man Senoi, Exists cadang ‘duduk semeja’ dan berbincang
ARTIKEL BERKAITAN: Konsert 4U2C tetap jalan, AC Mizal dedah Man Senoi punca berpecah... Lama berdiam sebab malas panjangkan isu
Tidak hanya itu AC turut mempersoalkan hasrat Timbalan Presiden Muzik Malaysia, Ayob Abdul Majid untuk cuba-cuba memulihkan keadaan di antara 4U2C bersama penerbit Man Senoi.
“Konon nak jadi hero pertemukan kami dengan Man Senoi, kami tak perlukan itu. Sebelum nak buat konsert kami dah buat persiapan rapi. Kami juga orang profesional dalam industri.
“Kalau betul nak jadi hero, saya minta Ayob tanya pada Man Senoi tentang royalti lagu kami di digital platform atau keluarkan suara kami,” ujarnya.
Kami juga orang profesional dalam industri!
AC MIZAL
PENYANYI/PENGACARA
Sementara itu, peguam mewakili 4U2C iaitu Carlos Mak Chuen Yuan memberitahu sesiapa sahaja yang sudah mengeluarkan kenyataan memburukkan imej kumpulan itu perlulah membuat permohonan maaf dalam masa 24 jam.
Kata Carlos, jika individu-individu berkenaan enggan melakukan perkara itu pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang.
4U2C bersama permit Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP).
Sebelum ini, kontroversi berkaitan konsert 4U2C mula tercetus apabila Man Senoi dan isteri, Mama Rap mendakwa pihaknya tidak dimaklumkan mengenai penganjuran WE 4U2C Live In Concert biarpun mereka memiliki hak sepenuhnya ciptaan lagu-lagu kumpulan itu
Man Senoi juga mempersoalkan bagaimana 4U2C hendak mementaskan konsert berkenaan jika 25 lagu yang dirakam adalah hak milik syarikatnya, Zman Production.
Isu tersebut turut mendapat respons beberapa penggiat seni yang berkongsi pendapat tentang hak cipta muzik termasuk Ajai dan juga Ayob.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube