suria

[V] Isteri Along tak duduk diam, pertahan diri tuduhan curang

DITUDUH curang semasa bergelar isteri kepada pelakon dan pelawak Along Cham, Afreena Suhaimi tampil mempertahankan diri.

Menafikan perkara tersebut, Afreena, 33, berkata dia tidak mengetahui perkara itu dan menganggapnya sebagai satu tuduhan tidak berasas.

“Saya tak tahu macam mana isu curang ini boleh timbul.

Afreena memberi kenyataan kepada media sebagai mempertahankan diri.

“Saya menafikan sebab saya tak pernah curang dengan dia. Itu semua hanyalah tuduhan,” katanya Kepada mStar.

Afreena memaklumkan perkara itu ketika ditemui selepas prosiding pengesahan lafaz cerai taklik di Mahkamah Rendah Syariah Sepang pada Selasa.

Jelas Afreena, dia juga tidak pernah terfikir untuk membuat perkara itu memandangkan dirinya sibuk bekerja.

ARTIKEL BERKAITAN: Along terima bukti curang daripada bekas suami Afreena, kenalan rapat isteri turut ‘spill the tea’… “Dia lupa berkahwin dengan artis”

ARTIKEL BERKAITAN: Afreena curang, cari bekas isteri dan kongsi lokasi anak... Along dedah tiga sebab utama lafaz cerai taklik

“Saya terlalu sibuk. Saya ada kerja dan karier yang ingin dikejar. Saya tiada masa nak buat benda-benda macam itu,” ujarnya.

Dalam masa sama, mengulas dakwaan Along yang mengatakan dia mengabaikan anak sendiri, Afreena hanya mampu beristighfar.

“Saya rasa perkara ini tidak ada kena mengena dengan kes kami. Orang yang kenal saya tahu yang saya memang jaga anak-anak.

“Emak mana yang nak buang anak,” tegasnya.

Sebelum ini, Afreena mendedahkan rumah tangga mereka sudah mempunyai masalah sejak dua bulan berkahwin.

Along mendakwa isterinya berlaku curang.

Along dan Afreena mendirikan rumah tangga pada 4 April tahun lalu.

Ini juga juga perkahwinan kedua Along selepas bercerai dengan bekas isteri, Zila Saeron pada September 2016.

Hasil perkongsian hidup, Along dikurniakan anak lelaki, Ahmad Daniel, 14, yang kini di bawah jagaannya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain