Pasangan pembawa penyakit genetik berdepan risiko menurunkan masalah kesihatan kronik kepada anak. -Gambar hiasan AI
IMPIAN setiap pasangan yang bercinta pastinya mahu membawa hubungan mereka ke jenjang pelamin dan seterusnya membina keluarga bahagia bersama.Namun, perjalanan menuju gerbang perkahwinan menjadi satu dilema besar buat sepasang kekasih ini apabila kedua-duanya disahkan mempunyai masalah kesihatan genetik. Lebih menyedihkan, penyakit berkenaan boleh diwarisi kepada zuriat mereka kelak sekiranya tekad untuk membina rumah tangga bersama.Anak yang menjadi pembawa talasemia akan memerlukan rawatan sepanjang hayat. -Gambar hiasan/AgensiBegitulah situasi berat yang dihadapi seorang wanita apabila dia dan bakal suaminya merupakan pembawa genetik talasemia.Untuk rekod, talasemia merupakan sejenis penyakit darah genetik yang menyebabkan badan kurang menghasilkan hemoglobin untuk membawa oksigen.Keadaan ini boleh mengakibatkan pesakit mengalami anemia kronik.Jika kedua-dua ibu bapa merupakan pembawa, setiap kehamilan berisiko 25 peratus melahirkan anak penghidap talasemia major yang memerlukan rawatan sepanjang hayat.ARTIKEL BERKAITAN: Shila Amzah pembawa talasemia, doktor beri saranan elak hamil… Cukup dua anakARTIKEL BERKAITAN: Hubungan cinta pasangan hidap talasemia dibantah, ditegur jangan ikut nafsu! - “Fikir masa depan kalau nak anak”Menerusi satu hantaran di media sosial, wanita berkenaan meluahkan kerisauan mendalam mengenai nasib bakal anak mereka kelak."Adakah saya pentingkan diri kerana masih mahu berkahwin dengannya sedangkan saya tahu kami berdua adalah pembawa talasemia?"Saya mahu menjadi isterinya, mahu merasai pengalaman hamil, mahu bergelar seorang ibu dan mahu membina sebuah keluarga bersama lelaki yang saya cintai."Tetapi apakah harga yang perlu dibayar? Bagaimana sekiranya kebahagiaan yang kami impikan selama ini datang bersama penderitaan seumur hidup buat anak kami sendiri?" luahnya dalam hantaran berkenaan.Perkongsian wanita itu menarik perhatian ramai warga maya yang tampil memberikan pandangan dan juga semangat untuk membuat pilihan yang tepat.Pada masa sama, terdapat pengguna turut mengemukakan cadangan alternatif daripada sudut perubatan moden bagi mengatasi kebimbangan tersebut.Sepasang kekasih dilema untuk berkahwin selepas kedua-duanya disahkan sebagai pembawa talasemia.Setiap kehamilan berisiko 25 peratus melahirkan anak talasemia major yang memerlukan rawatan sepanjang hayat.Wanita itu bimbang mementingkan diri kerana mahu berkeluarga walaupun tahu anak bakal menderita.Warga maya mencadangkan prosedur IVF dan ujian genetik embrio untuk melahirkan anak bebas talasemia.Alternatif perubatan tersebut memerlukan kos yang sangat tinggi, mencecah RM20,000 ke atas.Ringkasan berita ini dijana oleh AISalah seorang daripadanya mencadangkan agar pasangan itu melakukan prosedur Persenyawaan In Vitro (IVF) dan ujian saringan genetik ke atas embrio sekiranya tetap mahu mendapatkan anak setelah berkahwin.Langkah itu menurutnya dapat mengelakkan risiko penyakit berkenaan diwarisi kepada bayi. "Boleh sahaja kak, buat IVF. Selepas itu buat ujian genetik pada embrio. Boleh pilih yang tiada talasemia untuk persenyawaan asalkan ada duit," tulis individu berkenaan.Bagaimanapun, seorang lagi warga maya tampil menjelaskan realiti sebenar di sebalik prosedur perubatan berkenaan yang disifatkan memerlukan perbelanjaan dan komitmen sangat tinggi."Betul, tetapi ramai tidak menceritakan kisah di sebalik IVF. Duit mesti banyak. Sekurang-kurangnya kena ada RM20,000 untuk kos asas sahaja, belum lagi kos tersembunyi yang lain."Ujian saringan genetik praimplantasi (PGT-A) bagi satu embrio sahaja menelan kos RM3,600 setiap satu. Makanan tambahan (suplemen) perlu diambil tiga bulan sebelum memulakan IVF pun sudah mencecah ratusan ringgit."Ditambah pula dengan kos penginapan hotel dan pengangkutan serta kos makan minum lagi. Kalau bekerja, timbul masalah cuti pula."Jadi fikir betul-betul ya adik. Rawatan IVF untuk masalah genetik seperti ini sangat mahal. Kalau tiada penyakit, RM20,000 sudah boleh buat," kongsinya.