PENYANYI Shila Amzah reda selepas dinasihatkan doktor agar tidak hamil anak ketiga susulan keadaan kesihatannya yang merupakan pembawa talasemia.Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 36, berkata dia dan suami, Ubai, menerima ketentuan tersebut dengan hati terbuka demi keselamatan dirinya selain mahu memberi fokus kepada keluarga yang dimiliki ketika ini. “Saya reda, saya okay saja. Dalam ekonomi sekarang, dua orang anak sudah mencukupi.“Pada mulanya memang saya mengimpikan sebuah keluarga besar, tapi dalam masa sama bila doktor dah cakap macam itu, kami terima.Shila (dua dari kiri) dan suami mahu fokus membesarkan anak-anak.“Mungkin Allah lebih mahu kami memberi fokus kepada Seth,” katanya kepada mStar.Dalam pada itu, Shila berkongsi dia hanya mengetahui dirinya merupakan pembawa talasemia ketika hamil anak sulungnya, Seth, selepas menjalani pemeriksaan darah akibat bacaan hemoglobin yang terlalu rendah.“Selalunya ibu mengandung akan tengok bacaan hemoglobin. Saya pernah turun sampai bacaan enam, doktor pun pelik macam mana saya boleh berjalan.“Doktor pun cadangkan saya buat pemeriksaan darah. Rupanya saya ada talasemia.ARTIKEL BERKAITAN: Shila Amzah sokong minat anak-anak, rancang hantar Rhea sekolah CinaARTIKEL BERKAITAN: Ubai MZ selesa hidup sederhana, janji nafkah wajib untuk Shila Amzah ditunaikan“Saya ialah pembawa talasemia, bermaksud saya tahu tentang hal ini sewaktu hamilkan Seth,” ujarnya.Tambah penyanyi lagu Patah Seribu itu lagi, risiko kehilangan darah yang tinggi ketika proses bersalin menjadi antara faktor utama doktor tidak menggalakkan dia melalui kehamilan buat kali ketiga.“Kenapa doktor kata tak boleh ada anak ketiga kerana kalau bersalin secara normal atau pembedahan, melahirkan anak ini banyak berlaku pertumpahan darah. Mungkin Allah lebih mahu kami memberi fokus kepada Seth.SHILA AMZAHPENYANYI“Jadi, bila orang yang tak cukup darah macam saya, ia akan mengakibatkan risiko kepada ibu.“Disebabkan itu doktor tak sarankan saya hamil anak ketiga, tambahan pula saya dah dua kali melakukan pembedahan kecemasan dan dua kali ditidurkan,” ujarnya.Sebelum ini, Shila mendedahkan dia menghidap talasemia kerana faktor genetik yang diwarisi daripada sebelah bapanya.Shila reda menerima ketentuan takdir.Susulan itu, selepas melalui dua proses kehamilan menerusi kaedah pembedahan, doktor tidak menggalakkannya untuk hamil lagi atas faktor risiko kesihatan.Untuk rekod, Shila mendirikan rumah tangga dengan Ubai atau Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 28, pada 5 Ogos 2023.Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Rhea Akira yang kini berusia dua tahun.Shila juga memiliki seorang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu, Seth Uwais, yang kini berusia enam tahun.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!