SEBAGAI ibu kepada dua orang cahaya mata, penyanyi Shila Amzah mengakui dia dan suaminya, Ubai, tidak pernah meletakkan tekanan pada anak-anak untuk mengejar kejayaan mengikut acuan tertentu.Menurut Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, 36, setiap anak membesar dengan cara berbeza dan tidak semua perlu mengikut definisi kejayaan yang sama seperti pandangan masyarakat. “Saya dan Ubai, kita cuba untuk tak jadi ibu bapa yang ‘awak kena jadi doktor, awak kena jadi ini’,” katanya.Shila bersama anak keduanya, Rhea.Jelasnya, cukup memadai bagi mereka sekiranya anak-anak dapat menguruskan diri dan menjalani kehidupan dengan baik mengikut kemampuan masing-masing terutama Seth yang didiagnos menghidap autisme.Malah sebagai ibu bapa mereka belajar untuk menerima serta menghargai setiap pencapaian kecil anak-anak."Terutama apabila Seth autistik, dia boleh urus diri sendiri, mampu hidup mengikut kemampuan diri.“Kami sudah bersyukur Alhamdulillah,” ujarnya.ARTIKEL BERKAITAN: “Nampak red flag, terus chow” - Shila Amzah nasihat adik sayang diri dulu sebelum orang lainARTIKEL BERKAITAN: “Mak pun berhak bahagia”... Shila Amzah terharu jadi ‘pengawas’ cinta ibuBerkongsi mengenai masa depan anak-anak, Shila memberitahu Seth kini mendapat pendidikan di sekolah antarabangsa. Tambahnya, keputusan dibuat berdasarkan latar belakang keluarga dan masih ingin meneruskannya."Sebabkan abang dah pergi sekolah antarabangsa, Rhea pula saya harapan saya nak hantar ke sekolah Cina. Sebab arwah ibu Ubai juga bersekolah di sekolah Cina," luahnya.Pun begitu, Shila mengakui keputusan itu turut mempunyai kelebihan terutama dari segi penguasaan bahasa dan pendedahan budaya, memandangkan dia sendiri sering menyanyikan lagu Mandarin.Shila bersama anak sulung, Seth."Jadinya nanti dia akan boleh bercakap, boleh menulis dan memahami," jelasnya.Untuk rekod, Shila dan Ubai mendirikan rumah tangga pada 5 Ogos 2023. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Rhea Akira yang kini berusia setahun. Shila juga memiliki seorang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube