suria

Tak perlu bergaduh pendapat, Arabella Ellen hanya fokus diri sendiri

Arabella selesa tak masuk campur urusan orang lain.

SEBAGAI golongan muda, pelakon Arabella Ellen berpendapat isu perbezaan mengikut usia tidak wajar diperbesarkan sehingga mencetuskan konflik seperti yang hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini.

Arabella atau nama penuhnya Arabella Ellen Mohd John Yahya Robert Nelson, 21, berkata sebarang salah faham antara generasi seharusnya diselesaikan secara berhemah menerusi komunikasi yang baik.

Menurutnya, yang tergolong dalam kelompok Generasi Z (Gen Z), setiap individu mempunyai personaliti dan cara pemikiran yang berbeza dan perkara itu perlu dihormati.

Arabella selesa dengan dunianya sendiri.

“Kenapa perlu bergaduh sedangkan perkara itu boleh dibincangkan? Setiap orang ada personaliti masing-masing.

“Perbandingan itu perkara biasa dan bukan isu besar,” katanya kepada mStar.

Malah, Arabella mengakui dia lebih selesa dengan sikap tidak terlalu mencampuri urusan orang lain kerana mampu mengelakkan konflik daripada berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat fanatik ceroboh privasi, Zarif Ghazzi terkejut sampai ada WhatsApp ibu... Tak selesa babit keluarga

ARTIKEL BERKAITAN: Gbril makin jatuh cinta pada dunia lakonan, tabik pelakon senior

“Saya pula lebih selesa fokus pada diri sendiri dan tidak masuk campur urusan orang lain,” katanya lagi.

Dalam masa sama, Arabella turut menyifatkan golongan Gen Z yang lahir sekitar tahun 1997 hingga 2012 masih berada dalam fasa mengenal realiti kehidupan sebenar.

Justeru, mereka harus diberi peluang untuk mempelajari sesuatu yang baharu.

Arabella anggap Gen Z masih belajar hidup.

“Saya rasa ramai dalam kalangan Gen Z sebenarnya mahu bekerja. Dunia sekarang keras dan apabila mereka tidak memperoleh apa yang diharapkan, ia boleh membuatkan mereka berasa sedih.

“Mereka masih belajar dan mencari arah kehidupan apabila usia semakin meningkat. Ia bukan perkara yang mudah,” ujarnya.

Sebelum ini, Gen Z menjadi topik perbincangan hangat di platform Threads dan sering dilabel sebagai generasi lantang bersuara serta memiliki personaliti tersendiri berbanding generasi lain seperti Milenial, Alpha dan Baby Boomers.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain