TANPA berfikir Panjang penyanyi Nabila Razali mudah memberi kata setuju untuk memenuhi permintaan peminat, iaitu Zahra Sumayyah yang menghidap penyakit leukemia. Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali, 34, berkata pertemuan itu sangat menyentuh hati kerana permintaan Zahra mahu meraikan sambutan hari lahir bersamanya. "Hari ini (Isnin) nak kongsi satu momen yang betul-betul buat hati Bella (panggilan Nabila) luluh. Bella dipertemukan dengan adik Zahra Sumayyah, pesakit kanser darah (leukemia). Nabila (kiri) menyantuni peminatnya yang menghidap penyakit leukemia."Permintaan pertama dia nak pergi zoo tetapi atas nasihat doktor adik Zahra tidak dibenarkan sebab terlalu bahaya untuk kondisi kesihatannya. "Permintaan keduanya pula nak jumpa Nabila Razali dan raikan hari lahir bersama-sama," katanya. Nabila berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya. ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Razali serbu sekolah, ingatkan kanak-kanak berbuat baik sesama insanARTIKEL BERKAITAN: 33 kotak bantuan untuk golongan memerlukan, Nabila Razali kongsi rezeki sempena ulang tahunDalam majlis yang diraikan secara sederhana itu, mereka meluangkan masa makan tengah hari bersama dan Nabila juga turut memberi hadiah istimewa buat Zahra. Malah remaja usia 15 tahun itu sempat menulis sepucuk surat buat Nabila dengan luahan harapan mereka dapat menjadi 'sahabat syurga'. Meskipun berlangsung dalam tempoh singkat, namun pertemuan itu cukup memberi makna buat Nabila. Nabila sentiasa menunjukkan sikap keprihatinan dan penghargaan kepada peminat."Kami makan tengah hari bersama, sambut hari lahir, menyanyi, berbual, tukar surat dan berkongsi cerita. "Ringkas tetapi amat bermaknan buat kami semua. Setiap saat bersama adik Zahra membuatkan Bella kagum dengan kekuatan adik. Masya-Allah. "Buat adik Zahra, selamat ulang tahun adikku sayang. Semoga Allah kurniakan kesembuhan, kekuatan dan hari-hari yang penuh dengan cahaya. Bella doakan adik sentiasa dikelilingi kasih sayang, cinta dan senyuman yang takkan padam... Kak Bella cuba untuk jadi sahabat syurga Zahra," ujarnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!